Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Khamis, 18 Disember 2008

Pengajaran [1] dari Hadis yang menceritakan kisah lelaki yang menziarahi saudaranya kerana Allah Taala

Tulisan Ustaz Muhammad Syukri Muhamad Nazar
Cairo, Al-Qahirah
Daripada Abu Hurairah Radiaallahu'anhu, Nabi Sollallahu'alaihiwasallam;

"Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain. Maka Allah Taala menghantar malaikat untuk perjalanannya. Apabila lelaki itu melalui jalan yang ditunggui oleh malaikat itu, malaikat itu bertanya; kemana kamu ingin pergi? Dia berkata; Aku ingin pergi bertemu saudaraku di kampung ini. Malaikat bertanya; Adakah bagi kamu ada apa-apa tujuan daripada nikmat yang akan kamu perolehi darinya? Lelaki itu menjawab; Tidak, melainkan kerana aku menyayanginya kerana Allah Taala. Lalu malaikat itu berkata; Sesungguhnya aku merupakan utusan Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah Taala menyayangimu sebagaimana kamu menyayangi saudaramu keranaNya"
(Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Birr,
bab yang menyatakan kelebihan cinta kerana Allah)

Pengajaran daripada Hadis;

Sesungguhnya kekuatan ukhuwwah kerana Allah lebih kuat dan kukuh berbanding ukhuwwah kerana nasab keturunan. Ukhuwwah kerana nasab keturunan boleh terputus kerana perbezaan agama, berbeza dengan ukhuwwah atas dasar keimanan yang tetap bersambung walaupun tidak mempunyai hubungan dari segi nasab dan keturunan.

Al-Quran telah mengukuhkan penyataan mengenai ukhuwwah ini melalui firmanNya; {Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara} [al-Hujuraat:10]. Bermakna: bukanlah orang-orang yang beriman itu melainkan mereka itu saudara yang dieratkan dengan hubungan keimanan. Maka, tidak sepatutnya dalam diri mereka ada perasaan permusuhan, dengki dan rasa tidak puas hati. Berkata ahli tafsir "Perkataan sesungguhnya [innama]' dalam ayat ini menunjukkan bahawa; tidak ada ukhuwwah melainkan di antara orang yang beriman dan tidak ada ukhuwwah di antara orang yang beriman dengan orang kafir. Ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa sesungguhnya ukhuwwah islamiah lebih kuat daripada ukhuwwah nasab.........."

Nabi Sollallahu'alaihiwasalam menyeru kita semua dalam banyak hadis supaya menjaga ukhuwwah dan hubungan sesama mu'min. Antaranya sabda Baginda Sollallahu'alaihiwasalam;

"Jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara" [Hadis Riwayat Imam Bukhari, Bab Nikah]

"Perumpaan orang yang beriman pada kecintaan, kasih sayang dan hubungan mereka seumpama jasad yang satu. Apabila satu anggota mengadu sakit, seluruh jasad dan anggatonya akan terasa lemah dan sakitnya" [Hadis Riwayat Imam Bukhari, Kitab Adab]

Berkata sebahagian Hukama';

"(al-qarib) kerabat dengan permusuhannya itu adalah jauh (ba'iid), dan (Al-Ba'iid) orang yang tidak ada hubungan kerabat dengan kasih sayangnya itu adalah dekat (qarib)"

Kisah dalam hadis di atas memberi pengajaran kepada kita bahawa ukhuwwah yang dibina kerana Allah lebih kukuh dibandingkan dengan ukhuwwah nasab. Lelaki soleh dalam cerita tersebut telah menempuhi satu perjalanan yang sangat sukar, bersusah payah mengorbankan masanya semata-mata untuk menziarahi saudaranya bukan kerana hubungan nasab atau susuan, bukan juga untuk tujuan keduniaan, bukan untuk maslahat antara mereka; akan tetapi yang menggerakkannya hanyalah semata-mata kerana ikatan iman kerana Allah Taala. Ikatan Keimanan tidak menyamai ikatan-ikatan yang dibina atas tujuan lain sekalipun hubungan itu merupakan hubungan ayah dan anak, suami dan isteri, dua adik beradik yang tidak dibina atas asas agama. Hubungan itu dikira lemah apabila tidak dihubungkan dengan ikatan iman kerana Allah.

Muslim yang memahami hakikat ini akan berusaha untuk mendirikan kewajipan menjaga ukhuwwah ini; antaranya ialah menziarahi saudaranya untuk bertanya khabar antara satu sama lain. Maka, difahami dari kisah dalam hadis ini bahawa ziarah adalah penambah kasih sayang, menambahkan rasa gembira serta ketenangan antara dua yang bersaudara. Ianya jelas melalui kisah mengenai lelaki soleh dalam hadis ini; {Sesungguhnya seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di kampung lain}


Share

Tiada ulasan: