Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Jumaat, 20 Februari 2009

Rehat sebentar...

Sebenarnya tidak tahu apa yang hendak diperkatakan dalam entry kali ini, sudah lama saya tinggalkan blog ini dek berada di sekolah. Tulisan kali ini sekadar merehatkan minda dan tidak seberapa, terasa kepala ini buntu untuk menulis. Saya kekeringan isu semasa dan idea pada kali ini. Saya sendiri yang tidak mencari inisiatif untuk mengetahui dan mengambil tahu tentang isu-isu yang berlaku sepanjang saya berada di sekolah.

Imtiaz Dungun, School of programmes?? Inilah gelaran yang diberikan oleh para pelajar sejak dulu lagi, tidak ketinggalan juga saya. Saban tahun, semakin bertambah program dek idea-idea program baru datang mencurah-curah dan program2 lama yang dirasakan sesuai dikekalkan. Kalau dahulu, kelab-kelab serta persatuan-persatuan tidak memainkan peranan penting dalam program sekolah atau hanya menjadi syarat dalam sekolah, kini semuanya bergerak dengan aktif, mesyuarat sana sini, kalau dulu Presiden, Naib, S/U, serta bendahari kelab hanyalah atas nama, kini semuanya sibuk dengan kerja masing-masing. Mungkin kita sentiasa perlu bergerak ke hadapan, sentiasa maju takkan hendak berada ditakat yang lama lagi. Inilah komitmen yang ditunjukkan oleh pk-koku dalam memastikan semua berjalan dengan baik.

Terasa tidak dapat bernyawa dengan sempurna di sana. Jalan hendak mendapatkan ilmu bukan suatu jalan yang mudah. Banyak juga rungutan daripada pelajar-pelajar, serta ketensionan yang melanda dalam diri dan saya sendiri mengakuinya, rasa ingin pulang itu membuak-buak dalam diri, kerana hendak lari dari program hujung minggu, walaupun kekadang saya sendiri salah seorang yang 'handle'. Sekadar menceritakan pengalaman, bukan merungut.

Renungan sebentar buat diri ini;

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN

Dari Abu Bakar r.a berkata, "Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhnu berada disekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agamamu, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafzu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengjakmu supaya memilihnya dari akhirat dan anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa. Dan Tuhan mengajakmu masuk ke syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firman Allah yang bermaksud "...Dan Allah mengajak ke syurga serta menuju keampunan-Nya..."

Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilanglah akhirat dari dirinya. Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."

Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.
Share

Tiada ulasan: