Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Isnin, 16 Mac 2009

Susahnya...


Tulisan secara santai-santai jer hari ni. Setelah sakit kepala membuka buku bio, rehat sebentar dengan menulis. Boikot? Susah ker? Ni, nak citer pengalaman jer.

Ana ni bab memboikot ni kuat la jugak. Bukan apa, selagi boleh elak, kita elak. Sampai ada ketika tu, kawan2 ana xnak kuar ngan ana sebab ana ni kuat memboikot. Sekali tu, kawan-kawan ana ajak ana kuar, mula-mula xnak ikut, dipujuk-pujuk ana pun ikut. Lastly, korang kata lapar, nak makan. Korang ajak ana makan KFC, huhu..Lastly, kita makan nasi ayam dekat warung tepi jalan jer yer, kenyang pun kenyang..hehe.. 2la, ajak lagi ana, kan dah susah.

Satu hari, ana keluar dengan abang ana, tetiba dia kata lapar. Time 2, kami memang ada dekat 'Yellow Town' (nama eksklusif 4 bndar Kemaman) da... Dekat jer dengan Pizza Hut, KFC, A&W senang citer, sumer benda yang perlu diboikot la. So, abang ana ajak makan Pizza Hut, dia hendak belanja. Ana telan airliur jer, biar betul aku ni?? Mikir sorang. Selama ini, ana tahan beli benda-benda boikot, dah banyak dengar tentang boikot ni. Teringat ana akan gambar ini:

Ana tolak pelawaan abang ana, ana ajak dia makan kat restoren biasa jer. Dia tak nak. Ana kata ana malu, dengan pakaian muslimah begini, ana akan masuk dalam Pizza hut 2?? Dia kata lagi, bukan orang kenal pun. Ana pun pikir, sekali-sekala xper la. Dipendekkan cerita, ana dan abang ana masuklah dalam Pizza Hut 2. Waktu itu, bau roti-roti dalam 2, cukup2 membuatkan ana punya sifat perikemanusiaan hilang.

Datanglah mamat pelayan 2, dia cakap kat abang ana, yang biasa dah abis, tgal yang crunchy jer ada. Ana biarkan abang ana je belek buku pesanan itu sebab ana bukannya reti bab2 ni. Lama jugak dia membelek, ana tengok sekeliling, aik, ada jugak orang macam ana yerk.. Nampak jer lebai, tapi makan gak benda2 ni (nok ngata kat diri sendiri benornya). Last2, abang ana kata, adik jom ar makan kat lain. Sukanya ana, mampu jugak ana tahan yerk...

Kat dalam kereta dia pun kata, rasa lain ar biler duk dalam 2. Kesian plak kat orang Palestin, kita makan, sumbang senjata kat Israel plak. Ana senyap jer tapi dalam hati, sedar jugak abang ana yang sorang ni yerk... Lastly, makan kat restoren tepi jalan jugak..huhu.. Susah ker nak tahan dari makan benda2 ni??Susah la jugak kot...Apapun, moga sampai akhir hayat, diri ini xlagi menyumbangkan untuk Israel...Hanya Iman yang mampu kawal...Juz bercerita...
Share

Tiada ulasan: