Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Khamis, 27 Ogos 2009

Virus H1N1

Sekali sekala bercakap tentang virus yang menyerang dunia hari ini iaitu H1N1 yang memang tidak asing lagi. Satu ketika dahulu, saya sendiri tidak seberapa mengendahkan hal ini. Seorang menteri kita juga pernah memberi jaminan bahawa negara 1Malaysia ini tidak akan terkena wabak ini. Sesungguhnya, Allah Maha berkuasa atas setiap sesuatu.

Entah mengapa suatu ketika dahulu saya berpendapat bahawa negeri yang saya duduki apatah lagi daerah tempat saya belajar tidak terkena wabak ini. Ini kerana negeri ini bukan seperti ibu kota tempat orang keluar masuk dan daerah ini terlalu kecil. Kolotnya pemikiran ini dek melihat kepada virus selsema burung yang tidak merebak ke sini. Sesungguhnya, Allah Maha berkuasa dan dikhabarkan bahawa daerah Dungun adalah adalah daerah 1 yang terkena wabak ini di Terengganu.

Bermula dengan penutupan UiTM Dungun, keesokannya Politik Dungun, besoknya pula SM Sains Dungun dan esoknya SMKA Kuala Abang dan seterusnya ntah la. Alhamdulillah, SM Imtiaz Dungun masih selamat setakat ini. Sepupu saya yang juga bersekolah di daerah ini telah 1 minggu awal daripada saya.

Kerana takutkan H1N1, saya batuk2 pun orang hendak lari dan suruh pergi ke klinik. Huh...langkah-langkah mencegahnya punya pasal. Ada apa dengan H1N1??

Berkata ustaz Zul ketika memberi ceramah ihya' Ramadhan bahawa H1N1 atau senangnya selsema babi adalah salah satu petanda besar kiamat yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis baginda yang menyatakan antara tanda kiamat akan datang satu penyakit yang di bawa oleh angin di seluruh dunia. Benarkah ia???

Ia berlaku mungkinkah kerana kita yang menjadikan khinzir sebagai punca ekonomi??walaupun ada yang mengatakan bahawa binatang ini tidak bersalah dalam hal ini. Malaysia antara negara yang tertinggi dan sentiasa berada di kedudukan sa dalam 'carta' dunia. Setiap yang berlaku dan kerosakan di muka bumi ini adalah kerana kerakusan tangan manusia itu sendiri. Selsema ini juga merupakan bala daripada Allah dan bala ini akan merebak kepada semua termasuklah orang yang beriman seperti mana firman Allah dalam surah Al-Anfal ayat 25 :

واتقوا فتنة لا تصيبن الذين ظالموا منكم خآصة واعلموا أن الله شديد العقاب

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. (8 : 25)

Berapa ramaikah yang bakal terkorban?? dan berapa lamakah ia akan berlaku?? Apakah lebih kurang bala Allah yang turun ketika dunia Islam diserang Monggol yang memberi amaran kerana kerakusan oleh pemerintah. Serangan Monggol terhadap dunia Islam meragut beratus ribu orang. Angka yang cukup besar. Semuanya kerana kerakusan manusia di atas muka bumi ini.

Share

Tiada ulasan: