Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Rabu, 9 Disember 2009

Kembali Menulis di penghujung 1430H

Kembali menulis sekadar meluahkan apa yang ada di dalam kepala. Walaupun tidak menulis di sini saya tetap menulis di dalam buku saya. Tulisan saya hanyalah datang daripada pendapat saya yang dangkal dek kecetekan ilmu dan saya mengalukan peneguran. Saya juga mungkin banyak mengisi blog ini tentang hasil pencarian saya.

Terkadang rasa kelakar apabila saya kembali menulis di blog ini. Teringat saya akan perbualan saya dengan adik usrah saya. Saya menyatakan kepada dia yang saya akan sambung kembali menulis selepas SPM tahun hadapan, InsyaAllah. Namun dia seakan tidak percaya dengan kata-kata saya dan dia hanya ingin melihat setakat mana saya mampu bertahan. Ternyata dia benar!

Pada mulanya ingin juga menukar template dan lain-lain melihat ramai blogger yang asyik suka menukarnya. Tapi tidak mengapalah guna yang ini pun baik, ini tanda kesetiaanku, keh23...gurau jer. Samalah seperti mengaji, guna satu quran, satu rehal, satu tempat duduk dan satu guru. Tapi di Imtiaz kalau satu guru ni memang tak boleh, siap boleh buat list lagi guru tasmi' saya, cukup2 ramai.

Sungguh pantas masa berlalu, tidak lama lagi kita akan bertemu dengan 1431H, InsyaAllah. 17 Disember ini adalah hari terakhir untuk 1430H. Terpaksa ditulis dalam Masihi kerana dalam kehidupan kita terlalu asyik menggunakan Masihi menyebabkan kita lupa pada Hijri. Sekiranya dipanjangkan umur, saya bakal bertemu SPM tahun hadapan. Sungguh pantas.

Untuk 1430H ini, berapa banyakkah masa yang disia-siakan begitu sahaja? Saya tidak setuju dengan pepatah Melayu yang menyebut 'Masa itu mahal seperti emas', الوقت كالذهب . Pepatah ini menyamakan mahalnya masa itu seperti emas, sedangkan semahal-mahal emas pun orang yang dikurniakan kaya harta sudah pasti boleh membeli emas itu. Sedangkan masa yang berlalu tidak boleh dibeli menggunakan wang tunai mahupun melalui sistem barter hatta wang elektronik yang bakal dicipta oleh laknatullah! Saya lebih setuju dengan الوقت أفضل من الذهب.

Masa lebih di sia-siakan di saat cuti menjelma. Di sekolah sukar untuk mensiakan masa kerana sudah tersedia perkara yang perlu dibuat lepas itu dan ini. Namun dalam kesibukan itu, tetap ada waktu yang disiakan. Rehat seorang pejuang adalah mati. Inilah yang perlu kita ingatkan dalam diri kita.

Difikirkan kembali, rehat seorang pejuang adalah mati. Bagaimanakah saya ketika mati??? Dosa yang dibuat terlalu banyak. Semoga pengakhiran kehidupan ini di akhiri dengan husnul khatimah, InsyaAllah.

اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتم
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”

Semoga kehadiran 1431H membawa kepada yang lebih baik, InsyaAllah. Waallahu'alam
Share

Tiada ulasan: