Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Sabtu, 26 Disember 2009

Sahabat antara kasih dan sayangnya...

Suka saya membaca tulisan Tok Guru Nik Aziz dalam akhbar alternatif negara di ruangan Mauidzah. Tahun ni sayer rasa tok guru banyak menyentuh tentang sahabat. Ada satu keratan akhbar yang menarik hati saya yang mana ia membicarakan peranan seorang sahabat. Rugi rasanya keratan akhbar itu hilang begitu sahaja kerana terlupa untuk menampalnya.

Seingat saya, tok guru kata sahabat dicipta untuk menegur kesilapan kita sebab itulah kita bersahabat. Sahabat adalah teman diwaktu suka dan duka terutamanya mereka yang jauh dengan keluarga sudah tentunya lebih rapat dengan sahabat. Dan kadangkala sahabat mungkin lebih mengenali kita. Cukup indah kata-kata Tok Guru sahabat yang baik umpama membuang bisa dibadan kita daripada terus merebak.

Sahabat yang inilah sukar dicari. Menegur disaat kita tersasar daripada landasan yang benar, saat kita alpa bukannya membuatkan kita makin tersasar atau terus membiarkan kita hanyut dengan perbuatan kita kerana takut kita tersinggung. Namun apakah kita menghargainya? atau kita melenting apabila ditegur?? atau kita merasakan dia seorang yang penyibuk?? Kater Tok Guru kurang cerdiklah kita apabila berbuat demikian. Huh, apakah aku salah seorang yang kurang kecerdikannya??

Dan sebenarnya apakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang sahabat?? Membantu mereka yang sedikit tersasar bukannya hanya membiarkan atau membuat lebih parah. Berbalik kepada amar makruf dan nahi munkar. Apakah kita benar-benar seorang sahabat yang baik?

Indah hidup begini, sentiasa ada yang mengingatkan apabila alpa kerana hakikatnya manusia seorang yang pelupa. Masih ada yang ingin membantu dalam menghadapi kehidupan ini yang penuh fatamorgana. Terima kasih buat semua teman23 saya, mengingatkan diri dengan al-Quran di saat cuti tiba, disaat terlebih rehat disuruhnya studi, diajak untuk solat Dhuha, disaat hampir putus asa dipanaskan dengan semangat kerana hakikatnya saya tak terlepas daripada penyakit mim, alif, lah...malas... Semoga Allah Taala merahmati kalian, kalianlah sahabat dunia akhirat, InsyaAllah..

Share

Tiada ulasan: