Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Khamis, 3 Jun 2010

Apabila Islam hanya untuk Ibadah

Alhamdulillah baru sahaja selesai mid year exam, exam yang paling kurang senjata. Konklusinya, studilah daripada awal. Exam bermula 19 Mei dan berakhir pada 2 Jun. Beberapa hari sebelum exam, petang tu nampaklah ada karnival kat tepi sekolah. Karnival Belia kot sebab masa tu hari belia tak silap (sekadar meneka).

Pada malamnya konsert, maka pada petang tu ada testing la macam bese. Konsert ialah satu perkara bese buat negara ini.

Namun apa yang sedihnya, konsert itu benar-benar dikepit oleh 2 buah sekolah yang menghafaz Quran. Mungkin diorang xtau yang sekolah tu hafaz Quran kerana pada zahirnya xnampak. Namun pentas yang dibina itu, benar-benar menghadap pintu masuk sebuah masjid. Masih tidak ada keinsafan dalam diri, lain kali buat konsert depan kubur plop..
Nak kata masjid xnampak rupa masjid rasanya dah tersergam indah. Nak kater xder label rasanya dah besar tulis tu masjid. Nak kata xpandai baca, lirik pandai plop. Walaupun masjid tu terlalu banyak kontroversi, namun ia tetap MASJID!!! Tempat yang biasa kami buat program-program agama di situ dan sujud di sana.Tiada sedikit pun lagi yang dinyanyikan mampu menenangkan hati. Semua meruntun hati, mengeruhkan jiwa, terlompat sana, terlompat situ (xsempat nak rkamkan situasi, kamera rosak dulu). Bila kami pasang kaset Quran, maka berhenti sekjap pastu smbung blik sampailah beberapa minit nak masuk waktu maghrib berhenti. Lepas Isya' to be continue....yang real punya (xsempat nak ngintai).

Apabila ada yang menganjur majlis su'u maka anak-anaknya, berbondong-bondong datang berdating di tpi pantai. Tak cukup malam sambung pagi plop. Selama ini xramai gitu, sebabnya ramai-ramai baru berani nak buat, berjemaah la kan...

Mengapa Islam hanya dipandang sekadar ibadah? Bukankah Islam itu merupakan satu cara hidup??? Biler solat, kena ttp aurat sudah solat pakai baju seksi sebbnya Islam hanya untuk ibadah. Itu yang solat, kalu yang xsolat bermakna Islam tidak ada terus dalam hidup.

Apakah golongan belia sebegini yang ingin dilahirkan oleh kerajaan??? Wajarkah hari belia disambut untuk mengimarahkan lagi kemaksiatan yang sudah berleluasa? Kata ingin mengurangkan statistik anak luar nikah yang lahir bak cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi kenapa majlis su'u sebegini yang menjadi hidangan kepada jiwa belia??? Kata hendak membina tempat penjagaan bayi-bayi tersebut mengapa tidak mahu dicegah terus??? Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat? Tidakkah sebegitu?

Iklan di kaca TV suruh jaga kesihatan bertimbun-timbun sukarkah untuk kerajaan membina iklan yang suruh umat Islam berhenti menonton untuk memberi ruang bertemu Allah??Bukankah menjaga solat itu bkal menjaga segala-galanya?? kenapa terlalu banyak cerita yang menyalahi syariat (sampai saya pun terikut-ikut crita indon), kenapa setiap malam Jumaat disajikan cerita yang boleh membawa kepada syirik??????

Inilah zaman kama qala Rasulullah S.A.W fil hadis :

سيأتي على الناس زمان لا يبقى من الإسلام إلا إسمه, و لا يبقى من القرأن إلا رسمه
"Akan datang kepada manusia satu zaman yang mana tidak kekalnya Islam melainkan namanya, dan tidak kekalnya al-Quran melainkan resamnya"

Inilah yang terjadi di masa ini, umat Islam hanya tinggal pada nama dan negara Islam tidak melakukan syariat Allah, Quran dijadikan penghias dalam rumah bukan untuk dibaca. Islam akan bangkit jua satu hari nanti kerana janji Allah itu benar. Namun kita yang perlu berubah bukannya sekadar menjadi penonton mahupun perosak agama. Bersama kita fikirkan semoga kita dijauhkan perkara ini. InsyaAllah

P/S: saya tidak menyokong mana2 pihak, sekadar menyokong Islam.

Share

1 ulasan:

fikrahinsani.blogspot.com berkata...

btol2!!!