Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Khamis, 6 Mei 2010

Muslimah berjilbab kuat 'mengata' ???


Pertama-tamanya, jangan marahkan saya dengan tajuk ini kerana mungkin saya juga salah seorang daripadanya. Jangan berikan sebarang komen sebelum anda membacanya samaada anda setuju atau tidak.

Kenyataan ataupun persoalan di atas, bukanlah ditimbulkan oleh saya. Seorang rakan saya yang baru pulang daripada kem menceritakan kepada saya bahawa seorang pakar motivasi mengatakan muslimah yang berjilbab kuat mengumpat. Pada mulanya, timbul rasa marah dan geram dalam diri namun difikirkan seorang pakar motivasi yang berkata sedemikian maka, saya terdiam kehairanan.

Mungkin ada benarnya kata-kata beliau, kadang-kadang kita perlu belajar mendengar kritikan orang lain. Alhamdulillah, ketika bersembang dengan rakan yang lain, secara tidak langsung saya berjaya menemui jawapan persoalan yang ditimbulkan.

Mungkin inilah jawapannya. Secara umumnya, wanita yang berjilbab atau yang sewaktu dengannya lebih banyak mengetahui hukum-hukum asas yang berkait dengan kehidupan di dunia ini. Oleh sebab itu, kesilapan yang dilakukan oleh rakan-rakan mahupun masyarakat dan diri sendiri dapat dikesan dengan mudah. Maka, mencegah kemungkaran adalah wajib ke atas kita di saat ini. Inilah kelemahan yang wujud dalam diri samaada secara sedar dan tidak, kita lemah dalam melaksanakan perintah Allah untuk mencegah kemungkaran.

Mungkin secara fardiah perasaan takut untuk menegur itu timbul maka dibawa masalah ini kepada rakan yang lain untuk dibincangkan. Tanpa disedari perbincangan itu membawa kepada ghibah. Kita takut untuk menegur sekadar bercakap belakang sahaja yang berani. Inilah yang banyak berlaku sedangkan cegahan itu tidak berlaku sama sekali. Justeru, yang salah terus hanyut dengan kesalahan dan tidak bersalah turut bersalah. Niat yang baik, jangan ditewaskan dengan hasutan syaitan, InsyaAllah

Pada pendapat saya, kelemahan dalam mencegah kemungkaran merupakan punca timbulnya persoalan ini. Setelah kita mengetahui kelemahan ini ia perlulah diperbaiki dengan membina keyakinan diri, InsyaAllah.. Sama-samalah kita baiki diri kita..

Sekadar penulisan ringkas, cukuplah sekadar 1 artikel yang saya kongsikan setiap kali pulang ke rumah kerana saya bakal menghadapi exam yang paling besar kat atas muka bumi Malaysia dan yang paling hampir mid year exam. Lain kali belum tentu diizinkan Allah untuk saya menulis kerana laptop pun tuan dy sudah bawa pergi ke tempat lain mungkin petanda untuk menyuruh saya studi. Apapun doakan saya berjaya, InsyaAllah.

Waallahu'alam

Share

Tiada ulasan: