Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Selasa, 13 September 2011

Life After death : A Rational Vindication

Sekadar berkongsi apa yang saya dapat hasil daripada assignment saya yang sempat saya buat ketika di CFS IIUM, kampus Nilai. Saya kena summary kan beberapa tajuk daripada buku "TOWARDS UNDERSTANDING ISLAM" written by Abu 'Ala Al-Maududi. Yang nak dikongsikan di sini adalah statement penulis mengenai "LIFE AFTER DEATH"... Tapi, sori to say kalau tak faham sangat assignment saya kerana english saya 'cukup2 makan' sahaja. Tapi takpe, kat bawah assignment ni saya copy sedikit daripada buku ini yang ditranslate ke Bahasa Melayu dan sedikit konklusi yang saya boleh buat... Bace dengan akal =))



Life After death : A Rational Vindication

            In this world there are three beliefs about the hereafter and it life:

1. Some people belief our life is only in this world. They not belief in life after death.

2. Some people also belief that there is consequences of human life and death. People that lives in bad life, in the next generation, he will become animal. Who lives in good life, he will reborn as a man into a higher class.

3. The third group is people that belief in the Day of Jugdement, the Resurrection, man’s presence in the Divine Court and the meeting out of reward and punishment. This the teachings from the Prophets.
Now let us study these viewpoints one by one.
          
            The first group that say there are no life in after death. They say that because they have never seen anybody coming back from the dead. Actually, if they have not seen a single case of revival after death, they can only say that they do not know what will happen after death. This is cause, somebody does not seen a thing happen, it does not mean that the thing does not exist!

            For the belief of the second group, according to their understanding, human that exist in this world now are cause of their good deed when they become an animal before this. Animal that exist in this world are come from people that make bad deed when they be a human before that.It was a stupid thinking, based on this belief we can’t say what are the things exist in the beginning of this world.

            Let us study the third viewpoint. Its first proposition is : ‘one day, this world will come to the end’. God will destroy and annihilate the universe, and in its place will evolve another higher and far superior cosmos.Off course, this statement are can’t be denied. The more we reflect on the nature of the cosmos, the more clearly it is proved that the existing system is not permanent and everlasting.

            The second proposition of this belief is that “man will again be given life”. God had create us and all of other creator in this world, so it is not imposible to God create us for the second time.

            The third propositon of this belief, “the record of all the actions of man in this world are preserved and will be presented on the Day of Resurrection”. This proposition had been proved by this world. In this world, we can record sound and play it again so it is not impossible all of our deed in this world is completely preserved and can be reproduced.

            The forth proposition is that “on the Day of Resurraction, God will hold His Court and, with just judgement reward or punish man for his good and bad deeds”. It was unfair if left tyranny in this world occur without consideration! The time must come when the man who does good and must be rewarded and the one who does evil must be punished.

            The last proposition of thie belief is “the existence of Paradise and Hell”,God can make the sun, the moon, the stars, and the earth, why should He not be able to make Paradise and Hell?

            Lastly, there are no reasonable person can escape the conclusion that belief in life after death is highly acceptable to reason and commonsense, and there is nothing in it which can said to be unreasonable or impossible.

Buku ASAS-ASAS ISLAM (TOWARDS UNDERSTANDING ISLAM in Malay)


Di dunia sekarang ini ada tiga ‘aqidah mengenai akhirat dan kehidupannya:
(1) Satu golongan mengatakan yang ada hanyalah kehidupan dunia sahaja, kita hidup dan kita mati, tiada kehidupan selepas mati. Ini adalah ‘aqidah orang mulhid yang menyebut dirinya sebagai pakar sains.
(2) Golongan lain berkata, bahawa manusia itu berturut turut mati dan hidup, sekali lepas sekali, di dunia ini juga, supaya ia memperoleh balasan amalnya. Apabila amalnya pada kehidupan pertama adalah jahat, pada kehidupannya yang berikat ia akan menjadi binatang seperti kera, anjing atau kucing, atau dengan rupa pokok, atau menjadi seorang lelaki yang hina. Apabila amalnya baik, akan terarigkatlah kedudukannya dan menjadi tinggi darjatnya. ,Aqidah ini dikemukakan oleh sebahagian manusia yang fikiran keugamaannya tidak berkembang.
(3) Golongan ketiga beriman akan Hari akhir, berkumpul, hadir di hadapan Allah, dan mengimani pembalasânNya ke atas amal manusia. Ini adalah ‘aqidah yang diajarkan oleh seluruh para Nabi ‘alaihimussalatu Wassalam.
Marilah kita perhatikan sedikit ketiga ‘aqidah ini:
Apa yang dikatakan oleh golongan pertama, dan ‘aqidah yang mereka pegang, mereka tiada melihat adanya kehidupan manusia selepas mati, bahkan tanah akan memakannya dan bumi akan memfanakannya setelah matinya.
Apakah ini merupakan suatu hujjah? Jika anda tidak melihat seseorang itu hidup selepas matinya, yang paling mungkin anda sebut ialah bahawa anda tidak mengetahui apa yang berlaku selepas mati. Adapun dakwaan anda yang anda mengetahui tiada kehidupan selepas mati, sebenarnya tiada mempunyai dalil.
Seorang lelaki penduduk sebuah kampung tidak pernah menyaksikan kapal-terbang dengan matanya. Yang mungkin dikatakannya hanyalah bahawa ia tidak mengetahui benda apa kapal-terbang itu. Tetapi, jika ia berkata, ia mengetahui bahawa di dunia ini tiada satu benda yang bernama kapal terbang, orang banyak akan menyalahkannya, kerana ketiadaan melihat suatu benda bukan bererti benda itu tiada. Bahkan andainya seluruh penduduk bumi sepakat mengatakan tidak melihat benda yang tersebut, mereka tiada boleh mendakwa bahawa benda itu tidak ada atau tidak mungkin ada.
Adapun ‘aqidah yang kedua, katalah: Bahawa seseorang itu telah menjadi manusia pada kehidupannya yang sekarang ini kerana ia telah melakukan perbuatan baik ketika ia menjadi haiwan dalam kehidupannya yang pertama; dan bahawa seekor haiwan itu telah menjadi haiwan pada kehidupannya yang sekarang ini kerana ia telah melakukan perbuatan jahat pada waktu ia menjadi manusia dulu dalam kehidupan nya yang pertama; dengan perkataan lain, bahawa manusia sekarang ini adalah manusia, dan haiwan sekarang ini adalah tumbuhan; semua itu adalah natijahperbuatannya yang baik atau yang jahat, dalam kehidupannya yang pertama.  
Demikianlah mati dan hidup berturut-turut berlaku padanya di dalam dunia ini.
Mengenai perkara ini timbul soal: “Benda apakah yang ada di dunia ini pada permulaan kejadiannya?” Jika anda jawab: “Manusia!” Tidak dapat tiada ia merupakan hewan atau tumbuhan sebelum itu. Jika tidak, amal baik manakah yang mengurniainya pertukaran menjadi manusia? Jika anda jawab: “Haiwan atau tumbuhan!” Tak dapat tiada ia berujud manusia sebelum itu. Jika tidak demikian, perbuatañ jahat apakah yang telah menceburkannya bertukar menjadi haiwan atau tumbuhan sebagai ganjaran ke atasnya?
Orang yang mengemukakan ‘aqidah ini tidak mungkin menentukan permulaan makhluk di alam ini pada suatu masa tertentu. Kerana setiap masa yang ada, tidak dapat tiada didahului oleh suatu masa sebelumnya, sehingga masa yang akhir merupakan akibat perbuatan pada masa lampau. ini adalah menyalahi akal dan tiada bersesuaian dengannya.
Ambil sekarang ‘aqidah yang ketiga. Pangkat ‘aqidah ini ialah, bahawa Allah Ta’ala telah menetapkan suatu hari di mana kiamat akan terjadi. Bumi akan bertukar menjadi bukan bumi dan langit. Ini adalah perkara yang tidak disangsikan oleh orang yang berakal. Ia membuat seseorang tambah berfikir mengenai kejadian alam ini. Ia menambah pengetahuan manusia bahawa tiada yang kekal dalam alam ini. Semua kekuatan dan semua alat yang ada padanya adalah terhad, tidak dapat tiada akan menjadi fana pada suatu hari. Oleh kerana itu, telah sekata seluruh ‘ulama’ ilmu fisika bahawa matahari akan menjadi sejuk pada suatu masa kelak, akan hilang cahayanya, dan bahawa bintang-bintang dan planit-planit pada satu masa akan berlanggar antara mereka dan akan memusnahkan dunia ini.
Kemudian, ‘aqidah ini mengemukakan pula, bahawa manusia akan menghadapi kehidupan yang lain. Apakah ini mustahil? Jika mustahil, bagaimanakah manusia boleh sampai kepada kehidupan dunia yang sekanang ini? Tiada syak lagi bahawasanya Allah yang menjadikan manusia di dunia ini, berkuasa menjadikannya pada kali yang lain selepas matinya.
Kemudian, dalam ‘aqidah ini dikemukakan, bahawa manusia ini dicatitkan amal-amalnya, yang baik dan yang jahat, dan akan dibentangkan di hadapannya dalam kitab terbuka pada Han Kiamat.
Sekarang inipun boleh kita jumpai sesuatu yang membenankannya:
Pada masa lampau manusia menyangka bahawa suara yang keluar dan mulut kita menjadi lebur dan bersebar di dalam udara selepas berlaku pengalunan. Tetapi, pada masa akhir ini orang mengetahui bahawa bagi setiap suara itu ada kesan yang ditinggalkannya pada benda-benda yang ada disekelihingnya. Dan adalah mungkin mencatitkannya dan menghidupkannya selepas itu. Atas dasar inilah manusia telah menciptakan gramophon. Ini menunjukkan bahawa setiap gerak yang kita lahirkan di dunia ini akan terakam pada sesuatu yang mencatitkannya dengan sesuatu cara. 
Jika ini kita ketahui akan menjadi yakinlah kita bahawa seluruh perbuatan kita di dunia ini dicatitkan dan terdaftar yang menghidupkaanya semula dan menghadirkannya pada kali yang lain termasuk perkara mungkin.
Perkara keempat yang datang dalam ‘aqidah inialah, Allah Ta’ala sesungguhnya akan membalas amal hambanya pada hari Allah mengumpulkan mereka: yang baik dibalas baik dan yang jahat dibalas jahat. Siapakah yang dapat mengatakan ini perbuatan mustahil? Adakah padanya sesuatu yang menyalahi akal? Bahkan akal itu sendini menghendaki Allah mengumpulkan hamba-hambaNYa pada suatu hari dan mengadili mereka dengan cara yang hak. Yang demikian itu, kita melihat ada orang yang berbuat baik sedangkan ia tidak mendapat pahalanya di dunia, atau berbuat jahat sedangkan ia tidak mengalami siksaan di dunia. Bahkan, kita menyaksikan orang-orang salih kadang-kadang memperoleh mudrat, dan orang-orang jahat kadang-kadang hidup dalam kemewahan dan tenggelam di dalam kenikmatan. Dalam kejadian-kejadian seperti ini akal dengan sendirinya menuntut, hendaklah orang itu menerima balasaannya dengan sempurna dalam dua keadaan: atas amal baiknya atau ama! jahatnya.
Perkara yang penghabisan mengenai ‘aqidah ini ialah adanya Jannah ( syurga — pent.) dan api (= neraka — pent.). Adanya benda-benda itu bukanlah perkara mustahil. Apabila Allah Ta’ala berkuasa menciptakan matahari dan bulan, planit marrikh dan bumi, bagaimanakah ia lemah daripada mencipta Jannah dan api? Tatkala mengumpulkan manusia di mahkamahNya, seyogianya Allah Ta’ala memberi tempat yang mulia, terhormat, senang dan gembira kepada orang yang dikurniaiNya pahala.
Dan bagi mereka yang di azabNya disediakan tempat yang hina, tersiksa, dukacita dan pedih.
Fikirlah semua perkara ini. Anda ketahui tanpa ragu ragu bahawa ‘aqidah ini adalah ‘aqidah yang paling hampir kepada akal di antara semua ‘aqidah yang anda jumpai dewasa ini di dunia ini yang berkenaan dengan kehidupan manusia selepas mati. Tiada padanya sesuatu yang menyalahi akal atau mustahil adanya.
In the nut shell :-

1. Orang yang mempercayai kehidupan selepas mati tidak akan sama sekali melakukan perkara yang membuang masa dan sia-sia serta tidak akan melakukan kerosakan di muka bumi ini. Bahkan, dia mempunyai matlamat yang jelas dalam hidupnya. Bahawa sekiranya dia melakukan perkara sedemikian, apakah balasan yang akan diperolehinya di akhirat kelak.

2. Adalah tidak adil sekiranya tidak wujud Hari Pembalasan. Orang yang zalim tidak akan sesekali bermaharajalela di atas muka bumi ini dan mereka akan menerima balasannya walaupun bukan di bumi ini. KEZALIMAN TIDAK AKAN KEKAL SELAMANYA!!!

3. Akidah yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W adalah akidah yang benar. Yang tidak dapat disangkal  dengan mana-mana hujah.

Wallahu'alam....semoga mendapat manfaat....

P/S: Terima kasih kepada yang telah memberikan saya buku ini dalam Bahasa Melayu...kerana sedikit sebanyak memberikan kefahaman yang lebih buat diri ini..... dan terima kasih juga kepada Tuan punya kamus International Student, tanpa kamus tu, tak bergerak la assignment ni...dan thanks to Encik Google Translate too.... =))
Share

Tiada ulasan: