Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Isnin, 18 Ogos 2008

Nasihat untuk para penuntut ilmu; Siri 1

penulis:Muhammad Syukri Nazar http:///kostaq-ytb.blogs.friendster.com

Syeikh_muhammad_alwi_maliki_alhasani

Kelmarin, saya (Abg Syuk) telah men’copy’ beberapa video kuliah dan ceramah para syeikh-syeikh dari naqib saya. Selepas kelas Us Aidil Azwal pagi tadi, saya membuka salah satu dari video itu iaitu sekitar pesanan dari Al-Habib an-Nasib as-Syeikh Muhammad bin ‘Alawi al- Maliki al-Hasani ketika beliau hadir ke Malaysia kira-kira 6 tahun lalu. Banyak mutiara berharga yang disampaikan oleh beliau. Di bawah adalah sebahagian dari pesanan-pesanan beliau yang sempat saya terjemahkan pagi tadi. Semoga ianya memberi manfaat untuk kita semua, insya’allah.

“ Aku mahu menyampaikan ucapanku kepada para hadirin dalam kalangan penuntut ilmu; pelajar-pelajar maa’had dan sekolah-sekolah agama yang datang pada malam yang penuh berkat ini dengan pesananku kepada mereka :

“ Berpegang teguhlah dengan ilmu dan pelajarilah agama yang shahih. Ambillah ilmu dari para ulama’ yang alim lagi faqih. Jangan kamu bazirkan masa kamu yang berharga kerana penuntut ilmu adalah sehebat-hebat tentera yang akan mempertahankan agama Islam . Setiap orang yang dipenuhi dengan ilmu dan kefahaman, maka sesungguhnya ianya akan membawa dan memimpinnya ke arah kebaikan. Ilmu dan kefahaman ini pasti akan menjadi sesuatu yang paling bermanfaat. Tidak cukup sekadar mempelajari dari ringkasan-ringkasan. Sekarang banyak dari tempat-tempat pengajian dan sekolah-sekolah yang hanya membaca wirid-wirid keci dan mengadakan kelas-kelas yang kecil sahaja. ‘ Tidak mampu melegakan dan mengenyangkan dari kelaparan’. Ini tidak mencukupi. Kamu mestilah sentiasa melazimi para ulama’ dan mempelajari dari mereka fiqh, usul, hadis dan lain-lain dari bidang ilmu Islam”.

“ Wajib ke atas penuntut ilmu supaya tidak berpada dengan yang sedikit dalam menuntut ilmu. Hendaklah di mengorbankan segala kehidupannya untuk ilmu sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian hukama’; “ Sekiranya kamu menyerahkan keseluruhan dirimu untuk ilmu, nescaya ilmu akan memberi sebahagian darinya untukmu. Sekiranya kamu menyerahkan sebahagian sahaja dirimu untuk ilmu, ilmu tidak akan memberi sedikitpun darinya untukmu”. “Manusia itu perlu mengorbankan segalanya dalam proses menuntut ilmu dan bersungguh-sungguh untuk memperolehinya. Ilmu adalah keutamaan. Maka sesungguhnya, mestilah bagi mereka supaya sentiasa berusaha sedaya upaya dan meminta supaya ditambahkan ilmu yang sedia ada. Allah Taala telah berfirman dalam al-Quran ketika bercakap dengan habibuhu al-Mustafa wa Nabiyyuhu al-Mujtaba Sollallahu’alaihiwasallam; “ Dan katakanlah: Wahai Tuhan, tambahkan kepadaku ilmu”. Tidak diajar kepada Baginda Sollallahu’alaihiwasallam supaya meminta untuk ditambahkan harta, anak, minuman,makanan,kesihatan. Sesunggunya yang diajar hanyalah satu; “ Katakanlah: Wahai Tuhan tambahkanku ilmu” !!!. Jangan kamu meminta menambah pada sesuatu pun melainkan pada ilmu kerana ilmu adalah asas segala kebaikan”.

bersambung....
Share

Tiada ulasan: