Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Isnin, 18 Ogos 2008

Nasihat untuk para penuntut ilmu; Siri 2

penulis: Muhammad Syukri Nazar http://kostaq-ytb.blogs.friendster.com

“ Aku telah melihat para penuntut ilmu seperti di Makkah dan Madinah mereka tidak berpada dengan apa yang dipelajari di maahad, sekolah dan universiti. Mereka tetap belajar di situ, tetapi selepas itu mereka akan meluangkan sepenuh masa bersama ulama’ di masjid. Ianya berlaku sejak dahulu lagi dan kita semua dapat saksikannya”.

“ Dan kalimah terakhirku untuk semua orang awam; iaitu aku mengatakan bahawa saudara-saudaraku di Malaysia, alhamdulillah bumi Malaysia adalah bumi yang baik. Maksudnya hati masyarakatnya sentiasa bersedia untuk menerima seruan ke arah kebaikan. Akan tetapi, wahai saudara-saudaraku, ini bukan bermakna kita boleh menerima semua seruan dari setiap pendakwah kerana orang yang berdakwah ke arah keburukan itu juga ramai sebagaimana hadis menyebut bahawa syaitan mempunyai konco-konco yang menyeru ke arah pintu kejahatan”.

“ Oleh yang demikian hendaklah kamu semua – wahai saudaraku-saudaraku - supaya berhati-hati dan meneliti dari siapa kamu mengambil ilmu, dari siapa kamu meminta fatwa dan dengan siapa yang sentiasa kamu melazimi ilmu dari mereka. Bukan semua yang nampak berpakaian ulama’ itu banyak ilmunya. Tidak!!! Bukan semua yang nampak berpakaian biasa itu jahil. Ianya bukan diukur dari rupa bentuk semata-mata, tetapi diukur dari apa yang dibawanya jelas dan benar sebagaimana apayang dibawa oleh Rasulullullah Sollallahu’alaihiwasallam. Ini merupakan asasnya. Kamu semua hendaklah berjaga-jaga dari siapa yang kamu ambil ilmunya; samada dia merupakan ahli ilmu, ahli fiqh, ahli agama, ahli takwa ataupun mereka adalah pendakwah yang jahat, ahli yang membawa keburukan dan para zanadiqah. Ramai dalam kalangan kita dengan sangka baiknya menyebabkan dia terjatuh dalam keburukan”.

“Dan bersungguh-sungguhlah wahai saudaraku untuk membantu sekolah-sekolah agama, menyokong dan mendokongnya samada dengan harta, kalam dan segalanya. Begitu juga kamu perlulah bersungguh-sungguh membantu majlis-majlis ilmu yang diadakan di rumah-rumah kerana padanya terserlah kebaikan yang sangat besar tanpa sebarang keraguan. ”

; -Al-Habib an-Nasib as-Syeikh Muhammad bin ‘Alawi al- Maliki al-Hasani, Shah Alam, Malaysia, 31 Dec 2002.
Share

Tiada ulasan: