Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Ahad, 28 Disember 2008

Diambang 1430H atau 2009???


"Happy New Year", "Selamat tahun Baru", 'countdown 2 happy new Year', 'Best Movie 2 happy New Year' dan yang sama dengannya. Itulah yang biasa kedengaran di mana-mana siaran television setiap kali tahun baru bakal menjelma. Saya sendiri seperti sudah boleh menghafal ayat-ayat di atas kerana setiap kali tahun baru bakal menjelma itulah yang biasa diiklankan di mana-mana siaran television. Gembiranya kita untuk menyambut tahun baru bagi mereka yang masih bersekolah cuti ini diisi dengan movie2 yang disediakan untuk sambutan tahun baru. Kekadang diri saya juga terleka dek suasana ini. Pagi tadi ketika diri ini ingin bersarapan, terbaca saya pada label di satu jenama roti jua ada menulis 'Happy New Year' dan 'Selamat Tahun Baru'. Ini menandakan semangatnya hendak menyambut Happy New Year.

Dalam kegembiraan ini, ingatkah kita? sebenarnya kita berada di penghujung tahun 1429H? Ingatkah kita yang kita akan sampai ke tahun 1430H dalam masa beberapa jam sahaja lagi. Maaf jam posting ini dikeluarkan adalah tidak benar sama sekali. Saya pun tidak tahu mengapa dan di mana settingnya pun tidak tahu. Berbalik kepada persoalan tadi, lupakah kita? atau hanya mengharapkan orang lain untuk mengingatkan kita? Jika di sekolah asrama (maaf saya mungkin banyak menyebut untuk mereka yang bersekolah kerana saya masih lagi golongan mereka yang bersekolah), kita hanya ingat apabila Musolla membacakan doa akhir tahun dan awal tahun? atau kita hanya ingat kerana 1 Muharram merupakan cuti umum?

Dalam siaran television tiada pula dihebah-hebahkan tentang kehadiran tahun baru Hijrah, kalau ada hanya sedikit sahaja. Happy New Year lebih dihargai oleh mereka. Happy New Year juga kita akan melihat banyak pihak yang membazirkan duit untuk menaja artis-artis dan juga bunga api untuk menceriakan lagi suasana. Jangan marahkan saya sekiranya anda tidak bersetuju dengan kata-kata saya itu adalah satu pembaziran, ia hanya sekadar pandangan. Saya sendiri pun kadang-kadang tumpang sekaki melihat bunga api melalui tingkap dapur rumah yang menghala ke arah padang di Cukai ini. Dan kita janganlah menjadi salah seorang yang menjayakan majlis ini. Majlis terbahagi kepada dua iaitu majlis yang baik dan majlis yang buruk.

Apapun, tahun baru yang akan kita sambut tidak kira hijrah mahupun masihi sebenarnya membawa kita pada satu peringatan iaitu 'AJAL' bahawa umur kita terus berjalan dan menghampiri kepadanya. Cuma kita tidak tahu bilakah ia akan datang menjemput kita. Dan kematian adalah satu kepastian seperti dalam Firman Allah Taala dalam surah Al-Anbiya' ayat 35 yang bermaksud;
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada kami."

Dan jika dimasa lalu banyak kita lakukan kemaksiatan maka marilah kita sama-sama menggantikan itu dengan memperbanyakkan amalan soleh. Ingatan ini sudah pasti ditujukan terutama buat diri ini yang hina. Bersama memperbaiki diri ke arah yang lebih baik dan pasanglah azam baru bagi mewarnai kehidupan. Saya tidak berniat untuk mengulas panjang, hendak dikatakan sibuk, tidak. Saya masih lagi di cuti monsun yang panjang, saya sendiri tidak tahu bila akan mendaftarkan diri di sekolah. Tapi tidak mengapalah. Saya menulis untuk menghilangkan rasa gementar hendak ambil keputusan PMR yang bakal dikeluarkan dalam masa lebih kurang 2 hari sahaja lagi iaitu pada 30hb ini InsyaAllah. Apapun, malam ini jangan dilupakan untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Salam Maal Hijrah dari saya...

Share

Tiada ulasan: