Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Rabu, 3 Disember 2008

Dua Nikmat yang Tidak Terasa

QalaAllahu fil kitabil 'Aziz fis surah Ibrahim ayat 34 yang bermaksud 'dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya kamu tidak akan mampu menghitungnya...'
Selain daripada surah Ibrahim, surah An-Nahl ayat 18 pun ada menyebut ayat ini.

Allah Taala telah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Bagaimanapun ada dua nikmat yang besar yang banyak orang tidak terasa. Sabda Rasulullah S.A.W

"Dua nikmat yang kebanyakkan manusia terleka dengannya:kesihatan dan masa lapang"
(Riwayat Imam Bukhari, Tirmizidan Ibnu Majah dari Ibnu Abbas Radiallahu anhuma)

Sihat dan kelapangan waktu adalah nikmat yang besar. Bila tidak sihat iaitu sakit, barulah manusia akan terasa betapa besarnya nilai sihat. Apabila manusia tidak sedar nikmat sihat, maka banyak orang tidak mengingat Allah, tidak takut pada Allah apabila mereka sihat. Dan sebaliknya mereka melakukan maksiat kerana mereka sihat. Inilah yang dikatakan orang yang telah kufur nikmat iaitu orang yang telah mempergunakan nikmat Allah untuk kembali menentang Allah.

Satu lagi nikmat iaitu kelapangan. Banyak orang yang tidak sedar mengenainya. Bila lapang, sihat, rezeki melimpah, harta telah mencukupi, banyak kemudahan yang ada, mereka lupa pada Allah. Mereka gunakan kelapangan ini untuk kepentingan diri sahaja, tidur, keluar bersuka-suka, melencong ke tempat maksiat, melenggung di kedai kopi, bersembang kosong dan sebagainya. Bila waktu sibuk datang semula kepada mereka, mereka akan terus melupakan Tuhan! Apa tidaknya, jika di waktu lapang pun mereka tidak mengingat Allah apalagi bila sibuk, khususnya sibuk dalam mengejar dunia.

Sabda Rasulullah: ' Pergunakanlah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa luangmu sebelum masa sibuk dan masa hidupmu sebelum matimu." (Ditakhrij Al-Hakim)

Sama-samalah kita mengislah diri kita. Semua orang ana rasa mungkin mempunyai pengalaman tentang ini bahkan lagi teruk daripada ana. Tapi biarlah, ana ingin menceritakan pengalaman ana. Cuti-cuti ini dekat blog ana tidak tahu hendak bercerita tentang apa, sekolah tutup jadi tiada program. Tidak mengapalah ana ceritakan pengalaman ana yang InsyaAllah berkait dengan tajuk ini.

Ana bukanlah seorang pelajar yang rajin dalam membaca buku akademik, tapi ini tidak bermaksud ana berminat untuk membaca novel apatah lagi komik. Kalau esok nak exam malam 2 baru nak bukak buku. Opps..ni bukan ana seorang sahaja di Imtiaz bawah tu. Hari lain baca juga tapi tidak seperti malam esok nak exam.

Satu hari 2 ana demam..orang lain masa tu dah habis demam, ana baru mari demam 2. Biasanya ana demam cuma 1 hari jer tapi pada kali ini tidak, hampir seminggu demam dan minggu itu jugalah minggu exam, Post-Trial exam. Ana ni jenis degil sikit, baru sihat sikit dah buat macam orang benar-benar sihat. 2 malam2 baru terketar-ketar kesejukan dan kepeningan. Jadi banyak la malam dalam minggu tu ana x dapat study, tidur sahaja kerjanya.


Pada paginya pula, sewaktu exam ana tidak dapat berfikir untuk jawab. Memang hendak menangislah masa tu. Dalam keadaan tu sempat berfikir akan nikmat Allah Taala iaitu nikmat sihat, 2 baru demam. Berfikir lagi kenapa ana x gunakan waktu sihat dulu untuk belajar asyik menanti waktu malam exam baru nak membaca buku. Berfikir dan terus berfikir.

Dan sewaktu Post-Trial Exam inilah result yang paling teruk sewaktu ana form 3 bukan waktu form 3 jer malah in my life Photobucket . Subject yang biasa ana boleh skor, PAI pun jatuh teruk. Geog memang ana bley agak la jatuh sebegitu teruk sebab memang soalan susah sangat dan memang satu pun ana x membaca malam sebelum exam geog. Bila jawab rasa semuanya hilang dari akal, habis semua fakta hilang, main jawab jer.Waktu inilah barulah merasakan nikmat sihat itu, barulah merindui kesihatan... Apapun ana ucapkan berbanyak terima kasih pada sahabat qarib ana, Fatin Rashid yang memang menjaga ana dengan rapinya. Ana cukup2 menghargainya, Atin. Anti seorang yang memang bertanggungjawab tidak kira dalam apapun.

Apapun result yang akan ana terima untuk PMR ini Photobucket berdebar sebenarnya. Semoga baik-baik sahaja dan ana mengharapkan begitulah jua buat sahabat-sahabiah ana. Lastly, jangan lupa doakan ana dan sahabat2 dalam PMR ini.

Firman Allah Taala;

“ Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan saling berpesan ke arah kebenaran dan saling berpesan ke arah kesabaran”

(al-‘Asr: 1-3)

Waallahu'alam






Share

Tiada ulasan: