Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Selasa, 2 Disember 2008

WAHAI TETAMU ALLAH

Tulisan Ustaz Muhammad Syukri Muhamad Nazar
Cairo, Al-Qahirah

WAHAI TETAMU ALLAH;

JANGAN SEKALI-KALI LUPA DOAMU UNTUK SELURUH UMAT
MUHAMMAD SOLLALLAHU 'ALAIHIWASSALAM!!!"


"Aku menyatakan kepada saudara-saudara yang sedang menuju Baitullah Al-Haram, aku menyatakan kepada setiap orang, setiap orang, setiap orang daripada kamu: Apabila kamu 'bergantung di kelambu kaa'bah'; atau ketika kamu sedang menunaikan solat dan doa itu sangat elok untukmu ketika dalam sujudmu; atau ketika kamu berdiri di Safa dan Marwah dan hatimu menjadi sayu untuk bermunajat kepada Allah serta berdoa kepadaNya; mintalah kepada Allah untuk kerajaan umat Islam supaya kembali dalam keadaan terpuji kepada agama Allah. Mohonlah kepada Allah supaya dia mengilhamkan kepada mereka untuk kembali kepada cara yang terpuji kepada jalan Allah Taala. Mintalah kepada Allah supaya dia membangunkan mereka dari kelalaian; bahawa sesungguhnya perkara yang utama yang dipertanggungjawabkan kepada mereka adalah untuk berkhidmat kepada Islam, khidmat untuk agama ini.. Berdoalah kepada Allah untuk kerajaan-kerajaan Muslimin supaya berkumpul dalam diri mereka keikhlasan yang teguh atas agama Allah Taala kerana sesungguhnya keikhlasan yang wujud ini akan memecahkan tembok perpecahan sekaligus membawa kepada kesatuan antara seluruh umat Islam"


" Inilah pesanan yang aku sampaikan kepada semua jemaah Haji yang sedang menuju Baitullah Al-Haram. Sesungguhnya ikhlas apabila membangun antara hati-hati mereka, apabila kebenaran menyucikan hati mereka daripada sebarang kekotoran, maka sesungguhnya doa akan dimustajabkan. Mengapa tidak? Allah Taala telah berfirman;

"Dan Tuhanmu berkata; berdoalah kepadaku nescaya akan Aku perkenankan, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri mereka dari mengabdikan diri kepadaKu akan dimasukkan ke dalam neraka dalam keadaan hina"
( Ghafir:60 )"


sekadar terjemahan ringkas;
pesanan daripada salah seorang ulama' kita di bumi Syria
Share

Tiada ulasan: