Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Jumaat, 13 Mac 2009

Khas buat ikhwah wa akhowat fi IMTIAZ DUNJUN

P/S: Ini tulisan seorang bekas pelajar banat SM Imtiaz Dungun...

Bersyukurlah kepada Allah kerana masih menempatkan diri antum di kalangan Huffazul Quran. Dunia menjadi saksi akan ramainya umat manusia pada hari ini mula menjadikan Al-Quran sebagai satu subjek utama pengajian malah banyak institusi yang bercita-cita untuk melahirkan generasi Ulul Al-bab...Tetapi berapa ramaikah yang benar-benar menjadikan Al-Quran sebagai pakaian hidup sehari-harian. Ada yang sudah menghafaz berbondong2 juzuk namun masih punya masalah dari sudut sahsiah, ibadah dan aqidah lantaran hanya menjadikan kalam suci Allah itu sebagai mainan di bibir sahaja.

Buka mata, perhatikan diri dan suasana di sekeliling kita...Apakah masih wujud bi'ah hasanah?? Bagaimana pula dengan solat kita, khusyukkah?? Bagaimana pula dengan sahsiah kita, masih berlandaskan fardi muslim atau sudah jauh tersasar dari bersama arus dunia??? Bebaskah persekitaran sekolah kita daripada gejala2 yang tidak sihat seperti merokok, melawan kata guru, tidak hormat pada orang yang lebih dewasa?? Ayuhlah wahai sahabat...belum terlambat untuk kita membaiki diri. Belajarlah untuk membuka hati dan minda untuk menilai amalan-amalan mulia yang sudah jauh kita tinggalkan. Jauhilah diri daripada pengaruh yang tidak baik dari persekitaran mahupun kawan2 serta desakan2 yang mampu menghancurkan diri di lembah kehinaan.

Ayuh berilah peluang kepada diri sendiri untuk menerima kebenaran dan kebajikan. Sesungguhnya kebenaran itu ibarat mutiara, susah untuk dicari tapi apabila terjumpa alangkah cantik dan berharganya ia. ....Cubalah melawan nafsu mudi yang menjadi musuh utama iman di dada. Jangan malu dan takut untuk bermuhasabah dan mengakui kesilapan diri...biar malu hari ini, jangan malu di kemudian hari. Pilihlah sahabat yang mampu mendekatkan dirimu dengan Ilahi....moga Allah sentiasa membuka pintu hidayahNya buat kita....

" Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia, dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafunya, dan tingkah lakunya pula aalah melampaui kebenaran" (Al-Khaf)

Dunia luar datang mengepung,
Dunia Islam kian terkurung,
Ibarat buih hanyut terapung,
Dipikul ombak besar menggulung

Bilangan banyak tiada gunanya
Bila 'wahan' penyakit kita
Takut mati cintakan dunia
Kelak rosak iman di dada
Share

Tiada ulasan: