Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Khamis, 12 Mac 2009

BLAZE OF MAHABBAH



"LAISAL ISLAM ILLA BIL JAMAAH
WALAISAL JAMAAH ILLA BIL UKHUWWAH
WALAISAL UKHUWWAH ILLA BIL MAHABBAH"

Alhamdulillah dalam keadaan yang tidak berapa sihat ana tetap menyertakan diri ana dalam program yang dianjurkan oleh bekas pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Dungun (ex-sim). Walaupun program ini bertembung dengan pelbagai program namun ia tetap berjalan lancar dan ana sekali lagi bersyukur kerana sepanjang program ini ana mampu menghadirkan diri walau terpaksa buat-buat sihat. Program ini melibatkan semua pelajar tingkatan 4 serta 5 orang pelajar tingkatan 3. Melalui ucapan pengarah program pada malam perasmian program bahawa objektif utama program ini adalah untuk menjalinkan ukhuwah bertepatan dengan nama program ini "BLAZE OF MAHABBAH" yang ana kira dalam Bahasa Melayu ia bermaksud semarak kasih sayang. Pada Subuh Sabtu lagi, ketika di dalam Musolla Ar-Rayyan telah dapat dirasakan semarak kasih sayang itu, betapa lamanya tidak berjumpa dengan semua kakak2.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih buat penganjur. Ana tak berikan komen ana ketika waktu refleksi, ketika itu mata hampir2 tertutup da, tapi tidak mengapalah ana coretkan di sini. Sejujurnya ana kata, inilah program yang paling hebat di antara semua program yang telah ana lalui walaupun ana rasa cara pelaksanaan program ini hampir sama dengan kem MPP pada tahun ini cuma kem MPP lebih ekstrem dan program ini lebih kepada pentarbiahan yang syadid. Takut ana dengan "Juyushad DQ" yang sememangnya hebat, nak pinang fasi pun dah terkena tebuk Al-Quran?? Cuma ana rasa program ini lebih kurang dengan program exsim tahun lepas yang dibuat untuk pelajar f4 2008. Oleh sebab itu, rasa sudah boleh teka sedikit selepas ini apa akan berlaku. Kalau tahun lepas tonton cerita Saladin, tahun ni tonton spider plant man dan kemudiannya kena berlari pergi kat tempat lain. Salah satu tentatif yang ana boleh teka lah. Jadi ana cadangkan tukar-tukarlah tentatif setiap tahun memandangkan program ini InsyaAllah menjadi program tahunan.

Ketika ini jua tersedarlah diri ini betapa berdosa dan ruginya mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkannya (Al-Ilmu bila 'amal kassyajarah bila thamar" serta Mengetahui hukum hakam itu dan ini tetapi tidak mengamalkannya apatah lagi menghafaz ayat-ayat Allah tentangnya tapi tidak mengamalkannya. Malah kadang-kadang menggunakan ilmu untuk membela perkara yang salah sedang diri mengetahuinya. Banyaknya dosa diri ini. Dan sedar jua diri ini, sebenarnya dalam kehidupan ini kita banyak menekankan "AMAR MA'RUF" dan melupakan, ana tak kata tinggal terus tapi ana sebut lupa, pada "NAHI MUNKAR". Kita banyak menyuruh orang ke arah kebaikan tetapi apabila melihat kemungkaran yang dilakukan kita pasti berfikir terlebih dahulu untuk mencegahnya dan setelah berfikir belum pasti kita melakukannya. Sedangkan Allah Taala telah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 110:

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) "

Dalam Firman Allah surah At-Taubah pula:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (71)

Hanya iman yang mampu mengekalkan pentarbiahan ini sampai ke penghujung hidup ini. Ya Allah kau teguhkanlah Iman ini untuk berhijrah kepada yang lebih baik buat selamanya. Dan ini pesanan daripada Exco BADAR, pentarbiahan dah dapat jadi Musolla, sentiasa masuk tepat pada waktunya yer...Biar bersih buku BADAR tahun ni...sekadar iklan penaja sebentar...

Dalam program ini, perkara yang paling ana geram dengan koordinator banat (jgan marah), korang rampas diari ana tanpa sebarang notis. Syukur, diari itu penuh dengan isi mesyuarat sahaja. Tapi memang ana geram sangatlah, tiada benda lain ker nak kutip? Aduih2..It's okay la...dan ketika gimik birthday untuk abang Ridzuan dan kak Sakinah korang guna kain batik ana dan seorang sahabat ana. Aduih lawaknyer, kami para peserta banat dah boleh teka itu satu penipuan. Nasib baik ana dan sahabiah2 tak buat rosak gimik itu.

Terselit jua satu program yang sayu dalam program Blaze of Mahabbah ini, iaitu majlis wida' Ustaz Mohd Borhanuddin. Apapun ana tidak mahu diceritakan di sini. Cuma ana minta maaflah kepada para MPP, ana terdelete gambar2 waktu semalam bersama ustaz, makan roti canai dan air pelik yang agak sedap..haha..sekali pandang macam air teh susu, bila minum...lu pikirlah sendiri...

Sekali lagi terima kasih buat semua exsim...yang bertungkus lumus menjayakan program untuk adik-adik. Kami amat menghargainya dan sesungguhnya kami masih banyak memerlukan pentarbiahan seumpama ini bagi mengikis semua ego kami.

P/s: Terima kasih jua buat sahabiah ana yang sanggup meminjamkan pendrivenya pada ana semata-mata untuk copy video kat atas dengan meninggalkan ia di dalam peti surat rumah ana. Alhamdulillah malam ini, ada rasa nak buka hp, kalu tak berhujanlah pendrive nti.
Share

Tiada ulasan: