Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Jumaat, 17 April 2009

wahai huffaz sekalian

Ambil dari emel...


Assalamualaikum,


Untuk rakan-rakan seperjuangan sekalian.


Marilah kita mengambil pengajaran daripada kisah seorang ayah yang memberi upah kepada anaknya untuk belajar. Si ayah telah berjanji kepada anaknya bahawa beliau akan memberi RM5 untuk setiap jam yang dihabiskan anaknya untuk belajar. Niat ayah,

supaya anaknya lebih bersemangat untuk belajar dan kemudiannya berjaya.


Sekiranya si anak salah faham, atau terperdaya dengan habuan duit yang deberikan oleh ayahnya, maka si anak tidak akan

mendapat apa-apa daripada pelajarannya. Dia mungkin boleh belajar sehingga sepuluh jam sehari, semata-mata untuk mendapatkan duit lebih. Ada juga kemungkinan si anak tersalah faham dan menganggap bahawa apa yang diinginkan oleh ayahnya adalah untuk melihat dia belajar. Namun hakikatnya bukan itu yang dikehendaki oleh ayahnya.


'wahai anakku, sebenarnya tujuan ayah mengupah kamu untuk belajar adalah supaya kamu memahami pelajaran itu dengan baik, kemudian dapat mengamalkannya supaya kamu berjaya kelak. Ya, tak dinafikan duit yang abah kasi itu ada nilai dan kegunaanya,

tapi banyak manapun duit yang abah bagi kamu, ia tidak akan sesekali menyamai pemahaman dalam pelajaran.. Dan ayah sendiri takkan redha dengan kamu'

 

Sahabat-sahabat yang dikasihi,


Marilah kita tanya diri masing-masing, bagaimana interaksi kita dengan al-quran?


Allah menyuruh kita membaca al-quran, dan menjanjikan pahala yang berlipat ganda. Bagi mereka yang menghafalnya pula,

berbagai kelebihan disediakan..


Semua ini adalah motivasi supaya kita mendampingi al-quran dan akhirnya mendapat manfaat al-quran yang sebenarnya.

Supaya kita memahami, mengambil iktibar, dan mengamalkan isi kandungannya.


(Al-Quran ini) sebuah Kitab Yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), -Kitab Yang banyak

faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami Dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang Yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar (Shaad ; 29)


Apabila dibaca selalu, hati menjadi tenang dan mudah tersentuh dan berubah. Bukan sahaja membaca,

bahkan didengari dan dihayati.


dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan Dia serta diamlah

(dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat (al-A'raf ; 204)

 

Kita tidak mahu menjadi seperti si anak, tekun membaca dan menghafal, tetapi hakikatnya tidak memahami tujuan kita berinteraksi dengan al-quran.. Menganggap al-quran hanya untuk dibaca dan dihafal semata.


tajwid dan makhrajnya. Ingatlah Kalau nak dicari pahala, ada banyak amalan yang lebih mudah yang boleh kita lakukan, daripada membaca al-quran yang perlu dijaga bahawa akhirnya, nasib kita diakhirat kelak adalah di tangan Allah. Sejauh mana Beliau redha dengan kita sebagai hambanya.


Adakah kita mahu menjadi golongan yang membaca al-quran, sedangkan dalam masa yang sama al-quran menempelak diri kita

(kerana tidak mengamalkan isi kandungannya)?


Golongan yang kelak nanti al-quran menjadi hujah ke atas kita, dan bukannya hujah untuk kita?


Ayuhla kengkawan kita suburkan kembali semangat dan keazaman untuk menghafal al-quran. bukan sekadar suka2,
 tetapi supaya kelak kita menjadi golongan yang mulia kerana memahami dan mengamalkan isi kandungannya.

Wallahua'lam..










Dapatkan alamat E-mel baru anda!
Rebut nama E-mel yang telah lama anda kehendaki sebelum orang lain mendapatkannya!

Share

Tiada ulasan: