Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Jumaat, 1 Mei 2009

Kem Kepimpinan Nuqaba' SUMUR 2009



UKHUWWAH ITU INDAH...

Rasanya sudah lama tidak menulis di sini, memandangkan kesibukan di sekolah. Saya ditugaskan untuk membuat pendokumentasian untuk kem Kepimpinan Nuqaba' SUMUR 2009 SM Imtiaz Dungun. Terasa benar-benar dihargai kerana inilah tahun pertama kami pihak Nuqaba' SM Imtiaz Dungun diberikan kem bagi memberikan lagi kemahiran berusrah. Terima kasih kepada pihak penganjur terutamanya kepada Encik Mazlan Che Wil bekas Mudir SM Imtiaz Dungun yang memberikan komitmen kepada kami serta meluluskan kertas kerja ini.

Pengarah Kem ini adalah Cikgu Mohd Rodzi Muda yang dibantu oleh Cikgu Mohd Fitri Nizam. Kem ini menerapkan dan mementingkan IBADAH is the FIRST. Terasa indahnya berada di dalam kem ini. Cukup-cukup berlainan dengan kem yang telah ana sertai.

Indahnya berukhuwwah kerana Islam. Saling tegur menegur dan menerima apa jua kritikan serta kelemahan diri seterusnya membawa diri berhijrah ke tempat yang lebih baik. Sebagai seorang sahabat yang berukhuwah kerana Allah, jangan membiarkan hati ini membenarkan kesalahan sahabat kita. Jangan biarkan hati membenarkan orang membuat maksiat kerana sudah jemu menegur atau pelbagai usaha kita tidak diterima.

Teringat seorang sahabat memberi tazkirah, Allah Taala menguji kita dalam sesuatu perkara itu bukan hendak melihat hasilnya tetapi hendak melihat tahap kesabaran dan usaha kita untuk memulihkannya. Alangkah Indah berukhuwwah semata-mata kerana Allah, sudah pasti sama-sama istiqamah dengan amalan-amalan Fardhu mahupun sunat. Dikala semangat luntur dialah yang menaikkan dengan memberi pelbagai pesanan yang cukup bernas serta mudah diterima hati.

Ingatlah dalam surah Al-Hujurat ayat 10, Allah Taala ada berfirman,

"Sesungguhnya Orang-orang beriman itu bersaudara"

Ayat inilah yang biasa dikaitkan dengan ukhuwwah. Ukhuwwah atas dasar keimanan lebih utuh jika dibandingkan dengan ukhuwwah nasab yang tidak diterapkan dengan keimanan. Saya sebenarnya kekeringan idea untuk menulis kerana terlalu ligat di dalam kepala ini berfikir. Rasanya sekadar ini sahaja setakat ini. Waallahu 'alam...
Share

Tiada ulasan: