Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Ahad, 31 Mei 2009

Cara2 hidup untuk ISLAM



MUQADDIMAH

Setiap manusia yang mengakudirinya beragama Islam wajiblah menjuruskan segenap kehidupannya menurut cara Islam, samaada dalam aspek aqidah, ibadat, akhlaq dan sebagainya.

Selain dari itu, seseorang yang mengaku beragama Islam juga wajiblah menyerahkan segenap kehidupannya untuk Islam. Dengan lain perkataan, setiap muslim diwajibkan mengarah dan mengorbankan segala keupayaan yang dianugerahi Allah kepadanya pada jalan yang dapat mendaulatkan Islam di dunia ini.

CARA-CARA HIDUP UNTUK ISLAM

Diantaranya ialah :-

1. Mengetahui matlamat hidup sebagaimana yang telah ditetapkan Allah dalam firmannya yang bermaksud

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu" (surah Az-Zaariyaat:56)

2. Saya mestilah mengetahui nilai dunia berbanding dengan nilai akhirat seperti yang disebutkan dalam firman Allah:

"Apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat, pada hal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) akhirat hanyalah sedikit. " (surah At-Taubah: 38)

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Kalaulah dunia ini sama (nilainya) di sisi Allahdengan sehelai sayap nyamuk, nescaya Allah tidak memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air" (riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah dan Al-Hakim)

3. Saya mestilah mengetahui dan sedar bahawa maut itu suatu perkara yang pasti dan saya mestilah mengambil pengajaran daripadanya: Firman Allah yang bermaksud :

"Semua yang ada di bumi itu akan binasa dan tetap kekal zat Tuhan-Mu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan." (Ar-Rahman:26-27)

Abu Zar Ghifari telah mengatakan "Aku telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: "Apakah yang terkandung dalam suhuf Musa? Rasulullah S.A.W menjawab yang bermaksud:

"Kesemua Suhuf Musa adalah pengajaran ; Aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap kematian, kemudian beliau (masih) bergembira. Aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap neraka , kemudian beliau (masih) boleh ketawa. Aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap ketentuan Allah, kemudian beliau (masih) kecewa. Aku hairan (melihat) orang yang melihat dunia memutar-belitkan penghuninya, kemudian beliau (masih) tenang hati terhadap dunia. Aku hairan (melihat) orang yang yakin terhadap wujudnya hari hisab, kemudian beliau (masih) tidak beramal." (Riwayat Ibn. hibban)

4. Saya mestilah mengetahui hakikat Islam dengan lebih mendalami, mempelajari dan mengetahui dasar-dasar Islam, hukum-hukumnya dan halal haramnya. firman Allah yang bermaksud:

"Dan katakanlah; Tuhan-ku, tambahkanlah ilmuku" ( surah Toha: 114)

Rasulullah bersabda:

" Sesungguhnya para anbiya' itu tidak meninggalkan pusaka berbentuk dinar dan dirham, tetapi mereka meninggalkan ilmu, barangsiapa yang menerimanya, beliau akan menerimanya dengan bahagian yang lumayan." (Hadis Riwayat Abu Daud)

5. Saya mestilah mengetahui hakikat jahiliah dengan cara mengenali aliran fikiran, dan garis perjuangannya disamping mencari ketempatan dan kecacatannya. Saya juga mesti mengetahui bahaya dan bencananya supaya saya dapat mengelakkan tipu dayanya disamping dapat membuat persediaan yang sepatutnya untuk menghadapinya dan memeranginya.

Semua ini sedikit sebanyak daripada buku "Apa Ertinya Saya Menganut Islam?" tulisan Fathi Yakan.

Waallahu'alam
Share

Tiada ulasan: