Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Jumaat, 29 Mei 2009

Huffaz dan Al-Quran

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارً۬


Saya mungkin akan menyambung sedikit sebanyak tulisan baru-baru tentang Huffaz juga. Ini hanyalah sekadar peringatan untuk diri ini dan dikongsi bersama dengan sahabat sahabiah saya.

Di dalam ayat di atas  Allah Taala telah berfirman bahawa Al-Quran itu adalah penawar dan  rahmat bagi orang mukmin. Tetapi menambahkan kepada orang yang zalim tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerugian. Ini bermakna bahawa dengan membaca Al-Quran hati akan menjadi tenang seperti mana firman Allah:


أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ
Apatah lagi apabila kalimah mulia ini dihafaz, sudah pasti ia akan terus menjadi penawar dan rahmat bagi kita. Apatah lagi bagi mereka yang masyi Al-Quran. Bahkan golongan Quranik inilah yang menjadi yang diharapkan oleh keluarga, masyarakat dan negara. Persoalannya di sini apakah kita mengamalkan apa yang telah dihafaz???

Ketika di generasi pertama ( zaman Rasulullah dan para sahabat) menjadikan Al-Quran sebagai sumber utama. Sekiranya dilihat antara faktor utama membentuk generasi pertama adalah PERASAAN BELAJAR UNTUK MELAKSANAKAN..semua ini adalah daripada Al-Quran. Yang mana mereka tambah luaskan lapangan hidup mereka serta pengetahuan dan tambah pengalaman. Semua ini tidak akan mampu sekiranya bertujuan untuk selidik dan mengkaji sahaja mahupun membaca. Mudah kata tanpa disertai pelaksanaan.

Seterusnya, apabila Al-Quran menjadi darah daging mereka seterusnya memudahkan mereka bekerja serta meringankan beban yang berat. Mereka juga menanamkan Al-Quran ke dalam jiwa dan ia menjadi panduan haraki mereka. Bahkan sekiranya Al-Quran ditanam dalam jiwa ia akan melahirkan pelajar yang gerakkan aktiviti. Mereka akan melahirkan kenyataan dan meninggalkan kesan mungkin melalui program pentarbiahan mereka.

Al-Quran tidak akan curahkan dan isi perbendaharaan ILLA orang yang datang kepadanya dengan roh dan jiwa yang ikhlas. Maka dengan ini, pengetahuan yang dapat daripada Al-Quran ini akan membuahkan amal seterusnya tindakan bagi mereka yang datang kepadanya. Al-Quran merupakan panduan hidup yang lengkap, panduan dari Ilahi yang tulen. Allah juga merasmikan Al-Quran sebagai Al-Quran sebagai garis pemisah antara hak dan batil.

وَقُرۡءَانً۬ا فَرَقۡنَـٰهُ لِتَقۡرَأَهُ ۥ عَلَى ٱلنَّاسِ عَلَىٰ مُكۡثٍ۬ وَنَزَّلۡنَـٰهُ تَنزِيلاً
Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang dan Kami menurunkannya beransur-ansur.

Al-Quran tidak diturunkan sekaligus ia mengikut keperluan yang sentiasa berubah, perkembangan tukaran, pandangan hidup, perubahan masyarakat, perkembangan masalah praktikal dan fakta kehidupan masyarakat Islam. Ayat Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur supaya masyarakat Arab ketika itu rasa terikat dengan Allah dalam setiap suasana disekeliling mereka. Jua mengajar mereka mengenal Allah melalui sifat-sifatNya,bukti-bukti perkembangan perubahan alam. Dengan ini jua mereka akan merasakan hidup mereka di bawah perkuasaan Allah.

Kini, persoalannya MENGAPA GENERASI2 KEMUDIANNYA LAIN TERUS DENGAN GENERASI PERTAMA?

Sekiranya generasi pertama "BELAJAR UNTUK MELAKSANAKAN TERUS" generasi setrusnya "BELAJAR UNTUK DIBUAT KAJIAN DAN PENGLIPURLARA". Ini merupakan faktor penting yang melahirkan generasi seterusnya. Maka mari bersama direnungkan. Ada jua yang belajar semata-mata untuk bergelar MUMTAZ di atas kertas. Tazkirah daripada sahabat ana "Baca Quran rajin doh, ngapal pun rajin doh, ngulang pun rajin doh tapi mengapa masih berani melanggar perintah Allah?" Sama-sama kita ISLAHkan sedang dalam Al-Quran sendiri termaktub:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفۡعَلُونَ (٢) ڪَبُرَ مَقۡتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُواْ مَا لَا تَفۡعَلُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (2) Amat besar kebenciannya di sisi Allah kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (3)     As-Sof

Bersama tanya diri, dalam kehidupan dunia ini manusia terbahagi kepada tiga golongan. Jadi digolongan manakah saya berada sekarang?

1- Golongan yang hidup untuk dunia
2-Golongan yang sesat antara dunia dan akhirat
3-Golongan yang menjadikan Al-Quran sebagai ladang di akhirat

الدنيا سجن المؤمن وجنة الكافر

Waallahu'alam...






Share

Tiada ulasan: