Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Jumaat, 29 Mei 2009

SOLAT HANYA SEBAGAI SYARAT???

وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرۡكَعُواْ مَعَ ٱلرَّٲكِعِينَ

Lafaz وَأَقِيمُواْ adalah fail amar yang menunjukkan perintah, setiap perintah adalah wajib maka mendirikan solat itu adalah wajib.

Sengaja dipilih tajuk ini. Pada hari ini, solat jemaah amatlah payah untuk dilakukan bagi kebanyakkan umat manusia yang bergelar MUSLIM bahkan bagi mereka yang mendapat didikan solat berjemaah di tempat menuntut Ilmu apabila pulang ke rumah perasaan malas membuak.Samalah jua mereka yang bangun awal di sekolah hanya takut masbuq, balik ke rumah terpaksa dikejutkan dan entah Subuh pada pukul berapa? Sedangkan banyaknya kelebihan apabila kita solat secara berjemaah.Bukan ini yang saya ingin bicarakan sebenarnya, sebelum itu saya berikan dahulu antara ayat Al-Quran yang menunjukkan  kelebihan solat:

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ‌ۗ وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مَا تَصۡنَعُون
sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ طَرَفَىِ ٱلنَّہَارِ وَزُلَفً۬ا مِّنَ ٱلَّيۡلِ‌ۚ إِنَّ ٱلۡحَسَنَـٰتِ يُذۡهِبۡنَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ‌ۚ ذَٲلِكَ ذِكۡرَىٰ لِلذَّٲكِرِينَ
Dan dirikanlah sembahyang (wahai Muhammad, engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

Ini antara ayat Al-Quran yang menyentuh tentang kelebihan solat. Apa yang saya ingin bicarakan ialah mereka yang hanya mengambil solat sebagai syarat. Syarat melaksanakan perintah Allah. Mereka ini adalah mereka yang solat secara tergesa-gesa senang kata "LAJU MACAM BAS EKSPRESS". Apakah sudah cukup dengan hanya mendirikan solat tanpa membaca dengan bacaan yang baik??? Oleh sebab sudah fasih bacaan dalam solat, kita pun baca laju lah? Mata yang memandang letih melihat suasana ini berlaku apatah lagi mereka yang melakukannya tidak letihkah?. Bagi saya sekiranya kita solat secara berjemaah, InsyaAllah perkara ini tidak berlaku melainkan imam yang laju (mufaraqah lah kalau begitu).

Inilah yang menjadikan solat tidak berjaya mencegah diri daripada berhenti melakukan maksiat. Setiap apa yang berlaku, mari kita semak solat kita. Sekadar pesanan pendek yang khas ditujukan kepada diri ini yang serba kekurangan.

Waallahu' alam.
Share

Tiada ulasan: