Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Jumaat, 8 Mei 2009

HUFFAZ??


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

 

Saya mungkin banyak bercakap situasi yang berlaku di sekolah saya kerana itulah yang jelas di hadapan mata saya. Saya tidak berniat untuk mengata sesiapa malah ia adalah sebagai PERINGATAN untuk diri ini yang kian lalai sehari-hari. Saya sekadar mengambil khulasoh yang dibuat sendiri atau persoalan yang timbul dalam diri saya. Saya jua memohon andai tulisan ini banyak salah, minta diperbetulkan kerana saya bukanlah orang yang layak untuk bercakap tentang ini.

 

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ‌
وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارً۬ا

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (82)

 

Tidak perlulah saya huraikan maksud ayat Al-Quran di atas, dan saya pasti seandainya saya tidak menulis makna ayat suci ini, ramai yang sudah faham maknanya. Terus masuk kepada apa yang ingin saya bincangkan pada tulisan kali ini.

 

Persoalan yang timbul,

 

MENGAPA MENGHAFAL AL-QURAN TETAPI TIDAK BERAKHLAK SEPERTI  SEORANG PENGHAFAL AL-QURAN?

 

Persoalan ini terlalu banyak yang didengari apatah lagi diperkatakan oleh para guru dengan harapan anak muridnya berfikir. Dan mengapa ini terjadi? Sedangkan Al-Quran itu adalah penawar dan rahmat? Apakah pada hari ini, kita hanya meletakkan Al-Quran itu sebagai syarat? Syarat, berada di tempat yang menghafaz Al-Quran??? Apakah Al-Quran itu dijadikan inisiatif untuk mendapatkan nama? Dan apakah Al-Quran itu hanyalah tempat kita mencari duit dengan menyertai insentif atau mana-mana pertandingan yang menawarkan wang?? Na'uzubillahi min zalik.

 

Apakah Al-Quran itu boleh diibaratkan sebagai kerja rumah?? Malam ini menghafaz, esok pergi tasmi'? Dan begitulah jua hari-hari seterusnya.Tidak, tetapi Al-Quran adalah untuk dibaca, difahami, ditadabbur kemudian disebarkan serta dihafaz dan diulang.

 

Sedih mendengar ada di antara golongan ini yang berpegang pada prinsip hidup "Buatlah masalah di sekolah, di hari akan datang ia bakal menjadi kenangan terindah" (saya tidak berniat untuk mengata sesiapa apatah lagi memperlekehkan). Lupakah kita semua yang kita membawa imej seorang penghafaz Al-Quran?? Semua memandang kita dan janganlah kerana kita seorang semuanya rosak bab kata pepatah Melayu 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'.

 

Lupakah jua kita pada ayat ini??

كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌

 

Saya ingin membawa pula ayat yang lain dalam surah Al-Hijr pula yang menyatakan tidak ada siapa pun yang mampu mempercepat mahupun melambatkan waktu matinya.

مَّا تَسۡبِقُ مِنۡ أُمَّةٍ أَجَلَهَا وَمَا يَسۡتَـٔۡخِرُونَ

 

Apakah kita masih lagi berada ditahap yang kolot? Yang memikirkan maut itu hanya datang apabila bergelar warga emas??Fikir-fikirkanlah wahai Ulul Al-bab. Kalu hendak bercakap bab maut kena buat tajuk lain pula. Sesungguhnya mati itu tidak mengenal tempat serta waktu. Ingatlah ayat ini dalam surah An-Nisa' yang berbunyi

 

أَيۡنَمَا تَكُونُواْ يُدۡرِككُّمُ ٱلۡمَوۡتُ وَلَوۡ كُنتُمۡ فِى بُرُوجٍ۬ مُّشَيَّدَةٍ۬‌

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh

 

Ilmu yang ada hanyalah cetek. Jadi tidak mahu dipanjangkan. Cuma jangan kita panjangkan lagi persoalan-persoalan yang tidak sedap didengar serta jangan kita yang menjadi penyebab persoalan-persoalan ini timbul.

 

Mengapa ngapal Quran tapi masih melakukan maksiat?

 

Ini adalah persoalan yang susah dijawab oleh saya, kerana saya mengakui saya sentiasa tidak dapat lari daripada melakukan maksiat samaada sedar mahupun tidak. Berkata Ibnu Mas'ud R.A : Sesungguhnya kami (para sahabat) sukar untuk menghafaz lafaz-lafaz Al-Quran tetapi mudah untuk mengamalkannya. Dan sesungguhnya generasi selepas kami mudah untuk menghafaznya, sukar untuk mengamalkannya.

 

Mengapa bendera kalimah teragung "LA ILA HA ILLA ALLAH" tidak dapat berkibar di dalam diri kita? Sekiranya ia berkibar, maka semua perkara yang lari daripada landasan ini akan ditolak sekerasnya oleh kita. "Kum daulatal Islam fi qulubikum, takun fil ardh".

 

Banyak lagi yang ingin diperkatakan tetapi tidak mengapalah, semoga kita menjadi Huffaz yang benar-benar ikhlas. Semoga kita sentiasa beringat bahawa taklifat ini bukanlah suatu perkara yang mudah. Dan semoga kita sentiasa mengambil peng'itibaran daripada apa yang berlaku.Jua tanyalah diri, mengapa kita berada dikalangan ini? Apakah disebabkan paksaan? Atau apa-apa sahaja. Hanya diri sendiri sahaja yang tahu. Saya tertarik pada artikel ini yang ditulis oleh kakak senior saya [HAFIZ @ HABIS].



Share

Tiada ulasan: