Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Sabtu, 2 Mei 2009

Last Minute???


Sudah lama sebenarnya ingin mencoretkan tentang ini. Kebiasaannya 'Last minute' ini dikaitkan dengan study. Saya akui kehidupan sebagai seorang pelajar di Imtiaz Dungun teramatlah sibuk terutama bagi mereka yang berada di menengah Atas. Buku-buku kerohanian yang tersusun rapi??(susun mmg rapi cma bila Lala naik atas katil jatuh la ia) dimeje syudi pun tidak sempat saya membaca sudah la ilmu terlalu cetek, buku pula tidak dibaca. Malu dengan adik2 yang saya minta dia baca buku dalam tempoh sebulan, tapi berjaya membaca dalam tempoh seminggu. Dalam seminggu, waktu yang digunakan pada waktu PREP teramatlah sedikit. Sekejap liqo', buat kertas kerja, dan sebagainya. Selain waktu PREP, boleh dikatakan tiada masa lain untuk murajaah pelajaran. Oleh itu, Study last minute adalah kebiasaan pada kami.

Exam yang dialami baru-baru ini bagi tingkatan 4 cukup-cukup memenatkan. Hanya dalam tempoh 5 hari kami menjalani peperiksaan sebanyak 11 subjek bagi yang mengambil 11 dan 12 bagi yang ambil 12. Dari awal pagi lagi hinggalah malam kami mengadap kertas peperiksaan. Tidur dalam keadaan yang timbunan buku yang banyak, tangan memegang pensil, melintang dan berbagai ragam yang dapat dilihat oleh para pelajar termasuklah saya.

Namun begitu, dek berada di fatrah imtihan banyak perubahan yang berlaku terutama pada waktu pagi. Ramai yang sanggup bangun malam semata-mata untuk study, ketika saya menuju ke tandas pada awal pagi terkejut melihat rakan-rakan yang sedang mentelaah pelajaran dan di dalam buku laporan BADAR (banat) termaktub kehadiran pelajar ke musolla sebelum pukul 5.45 pagi berada ditahap yang memuaskan. Mengapa semua ini berlaku dalam tempoh ini sahaja?

Sudah menjadi fitrah manusia, apabila berhajat sesuatu dia akan kembali kepada Tuhannya. Kehadiran pelajar ke musolla meningkat sebelum pukul 5.45 pagi adalah kerana ramai yang berebut dengan masa untuk menunaikan solat Tahajjud walau 2 rakaat sahaja, Alhamdulillah. Perubahan yang ketara yang tampak apabila tiba fatrah Imtihan. Saya pun senang hati kerana tidak perlu menulis panjang dalam buku laporan nama-nama mereka yang lewat atau masbuq serta pening memikirkan denda.

Alangkah indahnya sekiranya suasana bangun tgah malam itu untuk study bertukar kepada bangun malam untuk mengabdikan diri kepadaNya. Bising dengan suara-suara merdu yang mengalunkan kalimah-kalimah suci Al-Quran. Alangkah indahnya solat Tahajjud itu menjadi amalan harian bagi kita. Alangkah indahnya jika bi'ah solehah ini dapat diterapkan di sekolah kita.

Dan diri ini masih tertanya-tanya mengapa situasi ini juga berlaku terhadap diri ini? Beratnya tangan ini untuk menggapai Al-Quran, alangkah ringannya tangan ini menggapai buku akademik. Mudahnya mata ini tertutup kembali bila teringat akan semua tugas sudah selesai untuk esok hari, tapi mudahnya melupakan amanat besar iaitu Al-Quran. Pesanan untuk diri ini, kita sibuk bekerja di siang hari, tak bermakna malam adalah rehat sepenuhnya. Malah, itulah masa yang terbaik untuk bersama denganNya.

Waallahu 'alam
Share

Tiada ulasan: