Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Isnin, 24 Ogos 2009

Ketika majlis Ilmu..Apa yang perlu???

Berbagai ragam yang dapat dilihat apabila berada di dalam majlis ilmu terutamanya ilmu agama. Fenomena yang berlaku di merata tempat termasuklah di sekolah saya. Peringatan ini khas buat diri ini yang kekurangan pentarbiahan. Setiap kali melihat ragam-ragam ini membuatkan saya teringat satu tazkirah yang diberikan oleh seorang pelajar dalam sebuah kem berkisar tentang majlis ilmu cukup baik dan padat isi tazkirahnya. Namun saya tidak berapa ingat isinya
كل علم ليس في القرطاس ضاع
Ketika majlis Ilmu berjalan, apa yang kita perlu?? Adakah sebuah novel?? ataukah buku akademik?? ataukah mulut yang sentiasa bercakap?? atau tangan yang senantiasa mencuit rakan-rakan?? Mungkinkah ini berlaku kerana majlis ilmu ini diwajibkan oleh penganjur?? Menyebabkan telinga tidak mahu mendengar.

Saya melihat ada yang terlalu bersemangat membawa buku akademik untuk dibaca ketika majlis ilmu berjalan. Ya, baik amalan membaca itu tapi biarlah bertempat. Dan apa yang mengejutkan saya melihat semangat ini dibawa juga touchlight bersama kerana tempat majlis berlangsung sedikit gelap. Semangatnya hendak membaca buku. Sekaliku pandang sekali tutup buku, pastu buka semula begitulah seterusnya.

Ustaz bercakap tentang Ilmu akhirat, apakah kita merasakan ilmu kita sudah cukup daripada mendengar semua ini? Semua tahu jawapannya, dan kita dituntut menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Simpanlah sebentar buku akademik, kita tetapkan hati untuk bersama dalam majlis Ilmu, moga kita dapat mengambil manfaat. Letakkan sesuatu perkara di tempatnya. Jangan jadikan waktu perhimpunan sebagai waktu untuk menghafaz Al-Quran dan lain-lainnya. Waktu ngafal tidak mengafal, waktu belajar,main...tapi waktu lain buat pula. Ayat yang biasa kedengaran daripada mulut guru-guru.

Dalam majlis yang lain, saya lewat datang dan terpaksa duduk di barisan yang agak belakang. Biasanya saya dapat tempat yang agak hadapan dan suka berebut barisan hadapan hatta matapelajaran yang kurang diminati mahupun mata memang hendak tertutup. Apa yang pasti ketika perhimpunan saya tidak suka berada di hadapan. Tetapi kali ini saya berada di barisan belakang dan merasai ketidakselesaannya dengan dewan yang cukup padat. Saya tidak dapat menumpukan kepada penceramah di hadapan ini kerana tepi, belakang, depan semuanya bising. Bising pun kena ada tempat dik, dekat dorm boleh.

Saya kira semuanya mengetahui adab ketika dalam majlis Ilmu dan apa yang perlu kita buat, cuma begitulah lumrah untuk melaksanakan sesuatu yang kita ketahui itu amatlah payah. Jadikanlah setiap ceramah dan tazkirah yang dihadiri adalah yang terakhir bagi kita, ketahuilah malaikat memayungi mereka yang berada dalam majlis Ilmu.

Sabda Rasulullah S.A.W

اغد عالما أو متعلما أو مستمعا أو محبا ولا تكون الخامس فتهلك
(رواه الطبرانى )
Jadikanlah diri sebagai orang yang berilmu pengetahuan ('alim)
atau orang yang suka mencari Ilmu
atau orang yang suka mendengar bicara Ilmu atau orang yang mencintai Ilmu
dan jangan sekali-kali menjadi golongan yang ke-5 nescaya kamu akan binasa

Share

Tiada ulasan: