Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Sabtu, 17 April 2010

Majalah Solusi solusi buat hatimu


Alhamdulillah seorang sahabat saya yang baru sahaja saya kenali di kem tahun lepas memperkenalkan saya kepada majalah solusi. Saya mulai membaca penuh majalah ini baru-baru ini, agak ketinggalan juga saya bukan kerana kesibukan tapi kerana saya asyik berfikir untuk membeli majalah ini menyebabkan saya tidak pernah membacanya selepas sahabat saya memperkenal kepada saya. Sungguh rugilah saya kerana terlalu berfikir untuk membeli bahan ilmiah.

Akhirnya saya berjaya membacanya walaupun sekadar memimjam. Ternyata isi yang terkandung dalam majalah solusi amatlah berguna. Balik baru-baru ini saya terus menerjah ke pustaka munirah untuk mencari majalah ini. Isu no 18 adalah isu yang terbaru saya terbelik isu no 17 tajuk-tajuk dalam isu 17 telah mencuri hati saya. Fikir-fikir punya fikir kedua-dua isu saya beli walaupun agak sedikit mahal bagi saya. Harganya cukup-cukup berbaloi dengan isi di dalamnya.

Majalah ini perlu dijadikan bahan bacaan utama dalam masyarakat hari ini bukannya novel-novel yang tidak memberikan sebarang apa maksud. Bertukarlah kepada majalah solusi, InsyaAllah mampu menjadi salah satu solusi untuk mengubat hati mu. Buat rakan-rakan saya sudahlah bertanding siapa paling banyak koleksi novel yang tidak mampu memberi kesan untuk hidup sejahtera ayuh kita bertanding siapa yang mampu mengumpul majalah solusi hanya 18 isu sahaja setakat ini. Kumpul-kumpul juga, pembacaan lebih penting.

Majalah ini, bagi saya banyak mengulas tentang permasalahan ummat hari ini terutamanya remaja. Sesuai untuk dibaca disemua peringkat umur. Selain itu, majalah ini cukup sesuai untuk membentuk fikrah anak-anak muda hari ini. Tahniah kepada pihak yang berusaha menerbitkan majalah ini, majalah yang penuh berinformasi.

Ramai rakan-rakan saya yang berkata mereka biasanya membaca surat khabar mahupun majalah hanya sekadar memilih tajuk yang dirasakan menarik untuk dibaca. Dahulu kala, saya pun seperti kalian, namun ketahuilah kadang-kadang tajuk-tajuk yang dirasakan kurang menarik ini penting untuk kita. Maka, mahu tak mahu bacalah semuanya percayalah tidak ruginya. Bukankah ia sama dengan akademik?? Bab menarik ke tak menarik semuanya perlu dibaca agar boleh jawab peperiksaan.

Saya bukanlah ejen promosi majalah solusi tapi sekadar mencadangkan. Ramai ustaz-ustaz yang hebat-hebat dalam majalah solusi seperti Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Ustaz Zahazan, Ustaz Zaharuddin, Ustaz Hasrizal, Ustaz Nik, Prof. Sidek Baba dan lain-lain. Terkadang berangan untuk menjadi salah seorang kolumnis (imaginasi seorang kanak-kanak), sekadar angan-angan yang tak bisa menjadi realiti. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya dunia dan akhirat.

"Sentiasa tidak cukup Ilmu, adalah rasa orang yang berIlmu"
Share

1 ulasan:

'Aishah Jauhara berkata...

Salam.

Ust Nik Abd Rahim pun jadi kolumnis juga dik.. Dulu ust tu mengajar di Imtiaz..