Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Jumaat, 16 April 2010

Peranan asas ibu bapa yang makin dilupai


Alhamdulillah setelah hampir 5 tahun berada di SM Imtiaz Dungun, akhirnya saya berpeluang untuk menjadi penonton Musabaqah Hafazan peringkat Negeri. Walaupun sekadar menonton ini juga merupakan satu pengalaman buat saya. Pertamanya ucapan tahniah buat semua peserta Musabaqah Hafazan Peringkat Negeri, antum semuanya hebat-hebat belaka.

Tahniah juga buat kerajaan Negeri yang saya kira cukup mengambil berat tentang pendidikan al-Quran anak-anak Terengganu. Penaik tarafan hadiah adalah salah satu usaha untuk menggalakkan ramai anak-anak menceburi bidang hafazan al-Quran. Selama ini rasanya dalam aspek sukan yang dilebih- lebihkan.

Saya tertarik kepada ucapan En. Khazan (tak silap saya), bahawa para ibu bapa hari ini sebenarnya lupa tanggungjawab mendidik anak-anak merupakan peranan asas ibu bapa bukannya sekolah. Perlu diingatkan juga sebagai ibu bapa bukanlah tanggungjawabnya sekadar mencari nafkah sahaja. Hari ini, semua usaha mendidik anak-anak diberikan sepenuhnya kepercayaan kepada pihak sekolah. Lalu apabila anak-anak membuat salah 100% disalahkan kepada pihak sekolah.

Peranan ini sekiranya diambil serius oleh ibu bapa hari ini sejak anak kecil lagi, InsyaAllah perkara-perkara pelik tidak akan berlaku. Bab kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Kalau pendidikan agama diberikan oleh ibu bapa dan sekolah hanyalah berperanan untuk memperkukuh lagi pendidikan agama semuanya akan berjalan lancar.

Hari ini, al-Quran menjadi perkara wajib yang perlu ada dalam rumah begitu juga ketika upacara akad nikah. Namun, masyarakat hari ini tidak mewajibkan bacaan al-Quran di rumah. Al-Quran hanyalah sebagai hiasan sedangkan al-Quran merupakan mukjizat ma’nawi yang hanya diperoleh bagi mereka yang membaca dan menghayatinya. Maka bahasa arab perlu dipelajari dan sepatutnya asas-asas bahasa arab wajib dipelajari oleh semua umat Islam kerana ia merupakan lughotul quran, kitab kita yang utama.

Perkara ini perlu diperbetul dalam masyarakat hari ini. Ibu bapa juga turut bertanggungjawab untuk menghantar anak-anak ke institut-institut yang baik.

Al-Quran bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dijaga. Memerlukan satu usaha yang kuat dan usaha itu perlu disertai dengan istiqamah. Untuk beristiqamah bagi saya perkara yang payoh. Saya selalu berangan untuk menjadi masyi dalam al-Quran namun angan-angan tanpa usaha ibarat debu yang berterbangan.
Share

Tiada ulasan: