Hari ini saya nak kongsikan satu kisah yang saya baca daripada majalah solusi. Kisah sikap seorang ulama' yang berusaha untuk meninggalkan amalan mazmumah.Jom baca....
Beliau ialah Abdullah bin Wahb al-Fihri yang merupakan seorang anak murid kepada Imam Malik.
Sebagai manusia biasa, Ibn Wahb
juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.
dan salah satu kebiasaan
yang pernah dimiliki olah beliau ialah mengumpat.
Beliau telah mencuba pelbagai cara
untuk meninggalkan perkara mazmumah ini
lalu beliau bercerita :
"Aku bernazar, setiap kali aku
mengumpat seseorang , maka aku akan berpuasa
satu hari. Namun aku menjadi sangat lemah
kerana nazar ini.
Setiap kali aku mengumpat aku berpuasa."
Setelah cara ini dirasakan beliau
tidak memberikan kesan yang efektif.
Beliau mencuba cara yang lain.
"Aku lalu bernazar, setiap kali
aku mengumpat seseorang, aku akan
bersedekah satu dirham, akhirnya
aku berjaya meninggalkan kebiasaan mengumpat"
Kisah daripada Kitab Tazkirah al-Huffaz.
Ini kisah seorang ulama' yang berusaha untuk meninggalkan perkara mazmumah. Bagaimana pula kita yang melakukan banyak perkara mazmumah dalam kehidupan kita sehari-hari?
1 ulasan:
wah,hebatnya kehambaan seorang ulama'..
alhmdulillah bermanfaat..
boleh 'tiru' cara ulama' ni:)
Catat Ulasan