Sambungan daripada buku Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi mereka yang lalai)...
Diriwayatkan tanda-tanda ketaqwaan yang ada pada Rabi' bin Khasim ialah tidak ada satu pun yang diperkatakannya dicatat dan dihafaz kemudian dia bermuhasabah diri ketika waktu petang.
Berkata al-Faqih : Ini (amalan Rabi') merupakan amalan orang yang zuhud yang mana sentiasa menjaga lidah dan menghisab diri sendiri ketika berada di dunia dan amalan-amalan ini sangatlah digalakkan kepada orang Islam kerana menghisab diri sendiri ketika di dunia lebih mudah daripada dihisab di akhirat dan menjaga lidah di dunia lebih senang berbanding penyeselan di akhirat.
Diriwayatkan daripada Ibrahim At-Taimi yang menceritakan daripada sahabat Rabi', aku telah bersahabat selama 20 tahun dengan Rabi', yang mana aku tidak pernah mendengar satu pun kalimah yang mengaibkan keluar daripada mulut Rabi'.
Dan berkata musa bin Sa'id : Ketika Hussain bin Ali r.a dibunuh, berkata seorang sahabat Rabi', hari ini Rabi' akan mengutuk sesuatu, kemudia dikhabarkan kepada Rabi' tentang Hussain telah dibunuh. maka Rabi' memandang ke langit dan berkata قل اللهم فاطر السماوات والأرض عالم الغيب والشهادة أنت تحكم بين عبادك في ما كانوا فيه يختلفون . Sangatlah terpuji sifat yang ada pada Rabi'.
Berkata al-Hakim daripada Hukama' : Ada 6 tanda orang jahil.
1. Marah pada bukan tempatnya, samaada marah pada manusia atau marah kepada haiwan serta semua benda menjadi tidak kena padanya maka ini antara tanda-tanda kejahilan.
2. Berkata perkara yang tidak memberi manfaat, digalakkan kepada kita semua untuk berkata-kata perkara yang memberi manfaat pada perkara dunia dan akhirat.
3. Memberi sesuatu bukan pada tempatnya, yakni memberi harta kepada orang yang tidak layak, yang tidak memberi kita pahala dengan kebaikan kita itu (contohnya memberi hadiah kepada orang yang kaya atau mereka yang membuat kerosakan di dunia).
4. Membuka rahsia kepada semua orang.
5. Percaya kepada semua orang yakni tidak bertempat.
6. Tidak mampu membezakan yang mana musuh dan sahabat, digalakkan kepada kita untuk mendekati sahabat dan menjauhkan diri daripada musuh, dan musuh yang paling utama adalah syaitan dan diwajibkan agar tidak memberi ketaatan kepada apa yang disuruh syaitan.
Dan daripada Isa bin Maryam berkata, Semua kata-kata yang tidak mengingati Allah adalah lagho dan semua diam yang tidak berfikir adalah lalai dan semua pandangan yang tidak diambil pengajaran adalah sia-sia maka pujian dan balasan yang baik daripada Allah bagi mereka yang kalamnya mengingati Allah, diamnya berfikir dan pandangannya ada pengajaran.
Dan berkata Auza'ie : Orang yang beriman sedikit berkata-kata dan banyak amalan manakala orang munafik adalah sebaliknya.
Diriwayatkan oleh Rasulullah (( 5 perkara yang tiada pada orang munafik. Faqih dalam agama, Menjaga lisan, senyuman tidak lekang pada wajahnya, cahaya pada hatinya dan berkasih sayang sesama Muslim))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan