Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Selasa, 13 Januari 2009

Kembali ke Sekolah..

Selesai sahaja saya mengaji, saya mengambil hp saya, ternyata banyak sms yang saya dapat, dan dibaca kesemua sms itu, isinya sama belaka. Tak lain tak bukan, ia adalah satu arahan dari sekolah suruh pergi ke sekolah pada 15 hb kerana ada program. Terasa juga diri ini ingin memberontak, kerana ketika itu sudah malam 12hb, baru dapat tahu. Setelah menelefon ustaz, saya faham akan keadaan sekolah yang sememangnya begitulah, sentiasa mencari dan memberi yang terbaik kepada pelajar2.

Saya mengambil keputusan untuk pergi pada 14 hb dan tumpang tidur di SM Imtiaz Dungun Bawah selama 2 malam dan pulang semula pada pagi 16 hb. Dan kemudiannya, petang 17 hb pergi pula ke SM Imtiaz Dungun Atas untuk berdaftar, padahal 2 buah sekolah itu hanyalah tempat yang sama. Apapun tidaklah saya kisah semua itu kerana saya kira, semakin lama saya di rumah, semakin lagho saya dek arus kebebasan yang sepenuhnya, tanpa terikat pada mana-mana peraturan. Sungguh saya kata, saya lebih suka terikat kepada peraturan daripada bebas kerana saya akui saya masih tidak pandai dalam membahagikan masa dengan betul. Kerinduan saya pada Musolla At-Taqwa, tempat yang penuh makna buat diri ini.

Saya juga ingin berjumpa dengan guru-guru dan adik-adik di sana. Terasa berdebar hendak berjumpa dengan adik-adik sebenarnya. Sepanjang cuti sekolah dahulu, ramai yang bersembang serta meminta nasihat daripada diri ini yang masih cetek ilmu pengetahuan melalui Yahoo! Mesengger samaada yang memang saya rapat atau tidak ketika di sekolah. Kemesraan saya di YM lain dengan ketika bertemu face to face. Beranikah saya memberi nasihat seperti di YM?? Kalau di YM mana tengok muka dan jauh bolehlah saya bercakap dan bergurau sebegitu. Mungkinkah saya akan melarikan diri apabila bertemu dengan mereka-mereka ini?? Maafkan saya adik-adikku sekiranya kemesraanku tidak sama seperti ketika kita berYM. Saya sendiri pelik sebenarnya, ketika di sekolah ada yang saya cukup jarang menegur mereka-mereka ini, tetapi di YM elok sahaja saya bercakap dan bergurau.

Apapun peluang yang pertama dapat kembali ke menengah bawah akan saya gunakan sebaik-baiknya. Saya tahu bukan semua suka akan saya di sana, mungkin sebab saya terlalu banyak berleter atau mendenda orang ketika saya memegang jawatan sebagai Timbalan BADAR di sana? Saya ingin kembali bertemu adik-beradik usrah saya tahun lepas, walaupun saya bakal mendapat adik-beradik baru di SM Imtiaz Dungun Atas, itu bukanlah alasan untuk melupakan antunna semua. Sesungguhnya kekuatan ukhuwwah kerana Allah Taala lebih kuat dan kukuh berbanding ukhuwwah kerana nasab keturunan [baca lanjut].

Buat saudara baru Imtiaz Dungun..haha..adik-adik f1 yang baru sahaja masuk pada 10 hb baru-baru ini, saya ucapkan Ahlan Wasahlan kepada antum semua. Semoga tidak mudah futur dalam berjuang di Imtiaz Dungun. Gunakan kurniaan Allah kepada antum dengan sebaik-baiknya. Saya sebenarnya sedih dengan situasi Imtiaz dungun sejak terpisah dua ini, 1 Imtiaz Dungun Bawah dan satu lagi Imtiaz Dungun Atas. Kebiasaannya, pelajar tingkatan 4 dan 5 tidak kenal akan adik-adik tingkatan 1 dan begitulah sebaliknya. Walaupun jarak yang terlalu dekat dan sentiasa ada program bersama tapi masakan ukhuwwah itu boleh tercipta dalam masa tidak sampai 2 jam atau kurang dari itu? Mungkin boleh, tapi berapa lamakah ia mampu bertahan?

Apa yang saya buat sepanjang berada di rumah? Banyak membuang masa atau banyak mengambil peluang cuti sepenuh masa ini untuk menghadap Allah Taala??? Hanya saya yang mampu menjawab soalan ini. Tetapi apakah saya mampu menjawab persoalan ini dengan tepat dan ikhlas pada diri saya atau apabila ditanya??? Sahabat saya yang 2 orang lagi telah khatam Al-Quran sepanjang cuti ini. Bagaimana pula dengan saya? Doakan saya, agar dapat melawan hasutan syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata. Padahal lebih kurang 2 tahun lepas saya telah menghafaz ayat dalam surah Al-An'am ayat 20 yang bermaksud;

" Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan kurniaan Allah),
maka mereka (dengan sebab yang tersebut) mereka tidak beriman"

Ya Allah moga diri ini tidak termasuk dalam golongan ini.

Saya mungkin kembali menulis dalam blog selepas pulang dari sekolah. Itupun saya tidak mampu jamin. Doakan saya baik-baik aja di sekolah nanti.
Share

Tiada ulasan: