Maaf, layout blog saya bermasalah.
Ada sesiapa yang pandai buang linkwithin di blog? Boleh hubungi facebook saya.

Terima kasih

Ahad, 20 Disember 2009

Ahlan Wasahlan ya 1431H


Saya ketinggalan sedikit tahun ini dalam menulis tentang ini dek pada awal muharam saya tidak berada di rumah. Memang niat di hati ingin menulis tentang ini lebih awal seperti tahun lepas tidak mengapalah sekarang baru berpeluang. Lebih kurang 3 hari sudah kita berada di tahun baru hijrah.

Rasanya tahun inilah kali pertama saya mendapat mesej sempena tahun baru hijrah, terima kasih saya ucapkan. Nampaknya ia tidak semeriah tahun baru Masihi. Kehangatan tahun baru hijrah hanya dirasakan pada waktu pagi 1 Muharam yang mana wujudnya siaran langsung menyambut maal hijrah. Saya bukannya pandai untuk bercoret panjang dek kecetekan ilmu.

1 Muharam membawa kita kepada peristiwa penghijrahan Rasulullah S.A.W daripada kota Mekah ke kota Madinah. Ia membawa kita kepada pengorbanan Rasulullah dan para sahabat untuk menegakkan syiar Islam. Apabila disebut 'pengorbanan' ia sudah menggambarkan suatu kepayahan. Di mana ia menceritakan pengorbanan 2 kaum yang sanggup berkorban iaitu kaum muhajirin dan ansor. Selain itu, pengorbanan Saidina Ali bin Abi Talib yang menggantikan tempat tidur Rasulullah dan sebagainya.

Hijrah juga merupakan strategi Rasulullah dalam menyebarkan Islam bukannya kekecewaan penyebaran setelah di Mekah mendapat tentangan yang cukup-cukup hebat. Berlakunya hijrah ini membawa kepada banyak perubahan dalam dakwah Islamiyyah. Hijrah menyatukan umat Islam, hijrah juga mewujudkan taqwim hijrah yang mula digunakan pada zaman Umar Al-Khatab. Wujudnya Masjid Nabawi, bertukarnya nama kota Yathrib kepada Madinah Al-Munawwarah yang bermaksud kota bercahaya yang menjadi pusat tamadun Islam.

Ini semua kepentingan hijrah dan banyak lagi kepentingan hijrah, namun apa yang paling besar dalam hijrah adalah wujudnya kerajaan Islam yang pertama di Madinah. Mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai ketua negara. Dengan adanya negara Islam, Islam mudah tersebar.

Pengorbanan ini untuk dihayati serta dicontohi bahkan diaplikasikan dalam diri kita sebagai umat Islam dalam mempertahankan Islam sepertimana Rasulullah dan para sahabat mempertahankannya. Pengorbanan mereka yang sanggup meninggalkan tempat tinggal dan sanak saudara demi Islam.

Sering kali apabila tibanya peristiwa-peristiwa seperti maal hijrah, maulidur rasul, Isra' Mi'raj, peperangan badar dan sebagainya kita dihidangkan kisah yang sama kerana ia merupakan sejarah. Sejarah bukan untuk dibanggakan tetapi sejarah kecemerlangan adalah untuk diulang serta diambil iktibar dan sejarah kejatuhan juga perlukan pengiktibaran supaya kita umat Islam tidak jatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak 2 kali. Semoga tahun baru ini membawa kita kepada yang lebih baik, InsyaAllah. Untuk peristiwa yang berlaku di bulan Muharam tekan di sini.

Ini lagu yang terpaksa dinyanyikan ketika belajar bab 5 sejarah dalam kelas bagi menyemarakkan semangat hijrah.


Share

Tiada ulasan: